Monday 24 December 2012

Selamat Berjaya


            Semester pertama sesi 2012 bakal melabuhkan tirainya. setelah lebih kurang empat bulan menjalani sesi pembelajaran di semester pertama, kini tiba di kemuncak. Peperiksaan akhir akan bermula dalam masa terdekat ini. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan usaha untuk terus maju ke hadapan . Tingkatkan peratusan akademik kita sebagai hasil daripada kita sebagai pelajar timur tengah. Bangunlah daripada leka, sahut cabaran mencapai pangkat mumtaz. Selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menempuh imtihan nihaie buat warga MPKJ setiap mantiqah. Semoga berjaya!

Wednesday 28 November 2012

Laporan Majlis Ramah Mesra & Sambutan Aidiladha MPKJ 2012/13

Mu’tah, 09 November 2012
Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang duamata bersama ahli-ahli MPKJ seluruh Jordan untuk menguatkan uhkwah sesama ahli, disamping menyambut Hari Raya Aidil Adha.Sehubungan dengan itu, Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ) Saudara Abdullah Anuwar Bin Mahd Hazir telah dilantik sebagai pengarah program untuk menguruskan Program Sambutan Aidil Adha dan Majlis Ramah Mesra MPKJ Sesi 2012/ 2013.

Sunday 18 November 2012

Video Aktiviti MPKJ sesi 2012


Ucapan Dasar Yang Di-Pertua MPKJ Sesi 2012/13


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang berbahagia Pengarah EMJ, Prof Dr Azidan,  yang dihormati,  Pegawai Atase Pendidikan EMJ,  Ustaz Saifuddin Bin Husin, yang dikasihi mantan Yang Dipertua MPKJ sesi 2011/2012, Saudara Atiqullah Mursyid Bin Abdul Halim, barisan mantan kepimpinan MPKJ sesi 2011/2012, barisan kepimpinan MPKJ sesi 2012/ 2013, dan seterusnya saudara- saudari ahli MPKJ yang dihormati Allah sekalian.
Firman Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Tuesday 13 November 2012

Jordan: Ku Sambut Lambaianmu!


Sungguh pun diriku tak terduga, bagaikan mimpi berada di alam yang fana. Mata memandang tanpa berkelipan, melihat padang pasir yang luas terbentang. Tanggal 21 Ogos 2011 menjadi sejarah dan tuah, kerana berjaya juga ku jejak kaki di bumi yang penuh barakah, serta dengan sirah nabawiyah. Terkaku sebentar melayan fikiranku ini, bagaikan tidak percaya layakkah aku berada disini? Mengapa ku katakan begitu? Mari kita menyelami dengan rasa hati, akan coretanku ini.


Sebelum Ke Jordan,
“Betul ke nak pergi Jordan?”
Itulah ungkapan yang sering ditanya oleh semua orang kepadaku, samada sahabat, mahupun keluarga yang terdekat. Mereka bagaikan tidak percaya, apakah aku sudah melakukan kerja gila? Mengapa? Kerana bagi mereka. mungkin Jordan itu hanya untuk orang yang benar-benar layak sahaja. Jika nak dibandingkan dengan diriku memang jauh membatu, pada andaian mereka itu.


Thursday 8 November 2012

Gema Takbir Aidiladha Mantiqah Irbid

Pada 25 Oktober 2012 lalu iaitu pada malam hari raya Aidiladha, telah berlangsung majlis gema takbir sempena hari raya Aidiladha 1433H di mantiqah Irbid. Majlis dibawah kelolaan perwakilaan mantiqah Irbid ini dijalankan di Darulhamdulillah bermula jam 8.oo malam iaitu sejurus selepas solat maghrib dan tamat pada jam 11.oo malam. Majlis anjuran MPKJ ini mendapat sambutan hangat daripada ahli di Irbid kerana seramai lebih kurang 50 orang ahli yang hadir termasuk ahli jawatankuasa MPKJ sendiri yang sama-sama turun memeriahkan majlis pada malam itu. Majlis bermula dengan gema takbir Aidiladha diteruskan dengan ucapan YDP disamping bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi ahli MPKJ dan diakhiri dengan sesi fotografi serta jamuan makan.

Tuesday 16 October 2012

Ketika Aku Mengenali Jordan...

Allah Taala berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’minin itu pergi semuanya(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam  pengetahuan mereka tentang agama dan untuk member peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kepadanya,supaya mereka itu dapat berjaga-jaga “
[ Surah At-Taubah:122]

Alhamdulillah,tanggal 10 September 2011,diri ini berjaya menjejakkan kaki ke bumi Syam iaitu Jordan. Berbekalkan dalam jiwa ayat di atas dan juga doa dari guru-guru, keluarga dan sahabat-sahabat, diri ini sehingga sekarang sudah berjaya di tahun dua pengajian pengkhususan ‘ Fiqh Wa usuluh’, Universiti Yarmouk, Irbid. Terkenang pelbagai kenangan manis ketika pertama kali tiba di Jordan.

Saya Pelajar Jordan!

Pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Barakah Syam,Jordan,hati saya melonjak girang.Dikala itu,masih terngiang-ngiang di cuping telinga,suara ayahanda dan bonda tercinta,Abd Hamid Awang dan Fudzilah Ibrahim menyampaikan amanat serta azimat agar saya senantiasa memperbetulkan niat di hati.Tinggal di negara orang tak seperti di negara sendiri..Bak kata pepatah,’’Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Di Negeri Sendiri,Lebih baik di Negeri Sendiri’’.

          Sememangnya,terdapat banyak sebab untuk saya berada di Bumi Jordan ini.Sebelum saya melangkahkan kaki ke sini,pelbagai persoalan perihal Jordan menerjah minda.Justeru,saya mengambil keputusan untuk terus bertanya kepada beberapa orang senior yang telah berada di sini tentang keadaan,persekitaran,cuaca dan lain-lain lagi berkenaan negara Jordan.Ternyata,jawapan mereka telah menarik minat saya untuk menyambung pelajaran ke Jordan.

Saturday 13 October 2012

Kedatangan Delegasi Dari JHEAIK

LAPORAN KEDATANGAN ROMBONGAN DELEGASI DARI
 JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK)

Pada 4 September 2012 bersamaan hari Selasa, seramai 82 orang mahasiswa di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah selamat tiba di Queen Alia International Airport (QAIA) pada jam 5.15 pagi sambil diiringi oleh 3 orang pegawai daripada JHEAIK iaitu Dato’ Hj Noh bin Dahya selaku Pengarah JHEAIK, Tuan Syeikh Azhari bin Mohammad selaku Pegawai Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JHEAIK dan Encik Ismail bin Zakaria selaku Pegawai di Bahagian Pendidikan JHEAIK.

Ziarah Mahabbah Ke Amman

Tanggal 4 Oktober 2012, suatu program ringkas anjuran Ahli Lembaga Tadbir (ALT) MPKJ sesi 2012/2013 telah diadakan di mantiqah Amman iaitu program Ziarah Mahabbah antara wakil kepimpinan MPKJ dan para mahasiswa University of Jordan, Amman. Program ini diketuai oleh saudara Ahmad Idzuddin bin Zubit selaku Yang Di-Pertua MPKJ, dan turut disertai oleh beberapa orang ALT MPKJ yang lain iaitu saudara Ilham Hussainy bin Abdul Raup (Setiausaha Agung), saudara Abdul Mu’min bin Mohd Idrus (Exco Biro Kebajikan), saudara Muhammad Asyraf bin Abdul Razak (Perwakilan MPKJ di Amman) dan saudara Luqman Ul-Hakiim bin Faisal (Perwakilan MPKJ di Irbid). Antara tujuan program ini dianjurkan ialah untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi  Kedah di sana serta meninjau keadaan dan kehidupan mereka secara lebih dekat. Selain itu, antara tujuan penganjuran program ini juga adalah untuk membincangkan jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh mahasiswa Kedah di University of Jordan, Amman.

Sebahagian pelajar baru dari Universiti Jordan, Amman
Untuk mencapai objektif tersebut, suatu pertemuan antara para mahasiswa UJ dan wakil ALT

Saturday 29 September 2012

Kenyataan Rasmi YDP MPKJ Berhubung Isu Penetapan 'Yuran Duwali' Kepada Pelajar Malaysia Di Universiti of Jordan, Amman.

Assalamualaikum.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, 
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MPKJ yang melahirkan rasa prihatin dan simpati dalam isu yuran jamiah di Universiti of Jordan, Amman.
Untuk pengetahuan semua ahli MPKJ, wakil Kepimpinan MPKJ Sesi ini ada merujuk Pimpinan MPMMJ, PPMA dan anak-anak Kedah di Amman berkaitan isu ini. Makluman yang kami dapat dari mereka ialah berkaitan respon balas dari pihak Universiti Of Jordan yang mengatakan bahawa pelajar baru yang memohon belajar di universiti ini perlu menjelaskan yuran universiti yang berstatus 'Yuran Duwali', terkecuali 20 orang sahaja mengikut kuota yang diluluskan untuk pembayaran yuran berstatus 'Yuran 'Adi'. Kalau ikut pada awalnya mereka hanya perlu menjelaskan yuran dalam bentuk 'Yuran Mawazi',tetapi kali ini jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya iaitu dalam bentuk 'Yuran Duwali'. Anak Kedah di Amman adalah seramai 16 orang. Daripada bilangan ini hanya seramai 3 orang sahaja yang mendapat tempat untuk pembayaran Yuran 'Adi. Saya mendapat tahu ada sebilangan dari kita yang tertanya-tanya apakah tindakan MPKJ dalam isu ini. Dengan ini, saya akan memaklumkan kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut.

Thursday 20 September 2012

Sumbangan Buat MPKJ


Pihak MPKJ mengalu-alukan kepada anda semua yang sudi menghulurkan sumbangan atau bantuan bagi membantu perjalanan gerak kerja MPKJ. Sumbangan boleh di buat melalui akaun khas MPKJ dan perlulah berhubung dengan wakil MPKJ di Jordan terlebih dahulu. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat insan yang tampil berbuat demikian. Moga Allah merahmati anda.

Maklumat Akaun MPKJ : klik sini

Monday 17 September 2012

Permohonan Zakat Sesi 2012/13

Makluman buat semua ahli MPKJ. Jabatan Zakat Negeri Kedah telah membuka permohonan bantuan zakat sesi 2012/13. Permohonan ini dibuka kepada seluruh mahasiswa luar negara yang layak menerima zakat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk link yang tertera di bawah atau terus berhubung dengan YDP MPKJ, saudara Ahmad Idzuddin bin Zubit di talian +962 779812420. Sekian, wallahua'alam.

Sila klik link di bawah.

Wednesday 12 September 2012

Selamat Kembali

Selamat datang mahasiswa baru ke Jordan. Tidak dilupakan juga diucapkan selamat kembali ke universiti kepada pelajar-pelajar lama yang talah bercuti. Selamat menjalani semester pertama sesi 2012/13. Lentur kembali semangat untuk berjuang belajar demi diri sendiri, masa depan, keluarga dan masyarakat. Semoga dapat meningkatkan prestasi dalam akademik. Selamat maju jaya buat semua!

Tuesday 11 September 2012

Pesanan Dari Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Akhlak dan Adab

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".
Riwayat Muslim
Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

Monday 10 September 2012

Ikhlas di Sepanjang Perjalanan


Apa juga amal, baik yang kecil mahupun besar, niat yang ikhlas tak pernah terpisah daripada syarat diterima amal tersebut oleh Allah. Demikian Rasulullah SAW menekankan persoalan ini dalam hadis, "Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya, dan bagi setiap amal apa yang ia niatkan...", supaya umat Islam sentiasa segar dalam niat Ubudiyyah kepada Allah.Hanya kerana Allah dan untuk Allah semata-mata.
 Banyak dalil yang boleh kita cari untuk bercerita tentang niat. Kita bukan berhadapan dengan kekurangan dalil, namun kurang penghayatan.
Amal yang kelihatan seperti ibadah boleh bertukar menjadi tidak bernilai dengan niat yang tersasar. Sedangkan amal yang kelihatan kecil dan kurang signifikan di mata manusia, boleh menjadi sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah dengan niat yang tulus. Solat yang didasari riyak adalah dicela, sedangkan salam dan senyum yang ikhlas untuk menghubungkan silaturrahim kerana Allah itu besar nilainya.

Kalam Pimpinan Sempena Ramadhan 2012

Kalam daripada Pimpinan MPKJ sesi 2012/13 sempena bulan mulia Ramadhan Al-mubarak. Moga-moga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Hayati kalam mereka. Ambillah pengajaran darinya.

Friday 31 August 2012

Prosedure Permohonan Zakat Kedah

Beberapa prosedur permohonan bantuan zakat pelajaran untuk pelajar timur tengah iaitu Mesir, Jordan dan Syria.

Sunday 19 August 2012

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Aidiladha 2010/2011

19 november  2010, Jumaat – Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan majlis ramah mesra aidilfitri aidiladha bagi sesi 2010/ 2011. Majlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 12 november 2010 bersamaan 5 zulhijjah 1431 H. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 6.30 malam bertempat di wisma negeri sembilan dan pusat khidmat mahasiswa (puskma), Mu’tah. 

Program bermula lewat sedikit dari masa yang telah ditetapkan.

Seramai 130 orang ahli MPKJ yang terdiri daripada ahli rasmi dan bersekutu dari empat mantiqah iaitu Amman, Irbid, Mu’tah  dan Mafraq.

Majlis Ramah Mesra bersama Yayasan Islam Negeri Kedah.


23 Disember 2010 – Majlis Kebajikan Kedah Jordan (MPKJ) sesi 2010/2011 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Yayasan Islam Negeri Kedah buat julung kalinya diadakan di Jordan. Majlis ini berlansung pada 23 Disember 2010 bersamaan dengan 17 Muharam 1432H bertempat di Malaysian Student Department (MSD) yang melibatkan semua ahli MPKJ.

Hari keluarga MPKJ 17 & Haflah Khirij 2011


13 Mei 2011 yang lalu Biro Penerangan dan Penerbitan Majlis Pelajar Kedah Jordan telah menganjurkan satu program iaitu Sambutan Hari Keluarga MPKJ 17 dan Haflah Khirij 2011 bertempat di Laut Mati. Prgoram ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. ‘Sekilas Ukhwah Menjana Wahdah’ menjadi tema pilihan kali ini. Objektif yang ingin diterapkan melalui program sambutan hari keluarga MPKJ 17 dan Haflah Khirij 2011 ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama antara ahli MPKJ selain merapatkan ukhuwah sesama ahli. Program ini juga diadakan bertujuan membina motivasi diri dalam kalangan ahli di samping dapat mengenali tempat-tempat menarik di Jordan. Program ini dibuka untuk semua ahli rasmi,kehormat dan bersekutu MPKJ.


Colloquium Astronomi Falak (COSMIK) 2011


Pada tarikh 15 April yang lalu bersamaan hari Jumaat Majlis Pelajar Kedah Jordan Telah menganjurkan Program Colloquium Astronomy Falak (COSMIK) dengan koloborasi bersama Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia Al-Bayt (PRISMA), Ikatan Mahasiswa Anak Perlis (IMAPS), Persatuan Falak Jordan dan Al Al-Bayt School Of Astronomy, program ini telah diselia dan dikelola oleh Biro Akademik MPKJ bertempat di Auditorium Abu Ubaidah, Universiti Al Al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Laporan Majlis Mesyuarat Agung (AGM) MPKJ kali ke-17

Pada 22 Julai yang lalu bersamaan hari Jumaat, Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan Majlis Mesyuarat Agung tahunan (AGM MPKJ) kali ke-17. Majlis ini di adakan di Dewan Mu'tamarat, Universiti Yarmouk. Majlis ini bermula agak lewat iaitu pada pukul 11 pagi memandangkan ahli MPKJ dari mantiqah Mu'tah tiba lewat. Walaubagaimanapun, hasil kerjasama Biro Program dan pengerusi sidang yang berwibawa, majlis berjaya ditamatkan pada jam 4.45 petang seperti yang dirancangkan.

Ucapan Dasar Yang Di-Pertua MPKJ sesi 2011/12

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T
Yang dihormati lagi dikasihi, Pegawai Atase Pendidikan EMJ, Ustaz Saifuddin bin Husin dan yang dikasihi mantan Yang Dipertua MPKJ 2010/2011 saudara Mohd Muzammil Sharif ,mantan AMM MPKJ 2010/2011, barisan pimpinan baru Ahli Majlis Tertinggi MPKJ 2011/2012 yang baru dilantik, seterusnya saudara saudari ahli Majlis Pelajar Kedah Jordan yang dirahmati Allah sekalian.
Allah SWT berfirman :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Majlis Liqo' Taaruf Mantiqah

Majlis yang diadakan untuk aktiviti kenal mengenali antara satu sama lain melibatkan junior dan senior di setiap mantiqah. Majlis Liqo' Taaruf Mantiqah ini diadakan pada hari dan waktu yang sama tetapi di lakukan di tempat yang berlainan mengikut kawasan masing-masing.

Majlis Ramah Mesra dan Pengenalan MPKJ sesi 2011/12


Irbid, 2 Disember 2011 : Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang dua mata bersama ahli di samping mendekati ahli persatuan itu sendiri. Sehubungan dengan itu, proragm rasmi yang telah diadakan bara-baru ini iaitu program Ramah Mesra dan Pengenalan MPKJ 20111/2012 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Syafiq Syahmi Bin Md Yusuf telah dilaksanakan dengan jayanya.

Rehlah Tautan Mawaddah (Mu'tah)



MU'TAH, 07 APRIL 2012 - Alhamdulillah, Biro Kebajikan MPKJ Mu'tah sesi 2011/12 telah berjaya menganjurkan satu lagi program iaitu Rehlan Tautan Mawaddah pada 30 Mac lalu yang bertempat di Laut Mati. Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dengan dihadiri lebih kurang 44 orang peserta terdiri daripada 15 syabab dan 49 akhawat.

Mesyuarat Agung Tahunan & Hari Keluarga MPKJ (GRAVITI) 2011/12

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas kesempatan, nikmat dan kemudahan yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Tahunan MPKJ dan HAri Keluarga MPKJ buat sekian kalinya. AGM kali ini dinamakan sebagai GRAVITI sempena daripada gabungan dua program besar iaitu Annual Grand Meeting & Familt Day Activity. Program ini dijalankan pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 bertempat di Summer Bay Resort, Aqabah. Program dikelolakan oleh barisan pelaksana program dari mantiqah Mu'tah. Pengarah Mohd Iqbal bin Nawawi manakala timbalannya Nur Fathiah binti Ismail. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1 petang pada hari yang sama. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Saudara Anas. Kehadiran yang dicatatkan pada hari tersebut amat memuaskan dengan jumlah ahli yang hadir seramai 123 orang melayakkan untuk mesyuarat agung diadakan secara biasa.

Colooquium Astronomi Falak (COSMIK) 2012

Irbid , 20 April 2012 :  Setiap persatuan perlu mengadakan program tahunan untuk menunjukkan fungsi persatuan tersebut. Sehubungan dengan itu, Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ), yang dibawah kelolaan Biro Akademik MPKJ telah mengadakan Program Colloquium Astronomi Falak II (Cosmik) sesi 2012.