Saturday 13 December 2014

BEDAH BUKU ONLINE


[Biro Akademik MPKJ 14/15]
Assalamualykum
Program: Bedah Buku Online MPKJ
Tarikh: 15 Dis 2014 - 15 Jan 2015
Penyertaan: Semua ahli MPKJ (rasmi dan bersekutu)
Fokus:
:: Bedah buku atau menulis artikel berbentuk ilmiah, travelog atau pengalaman dll.
:: Samada dalam bentuk keseluruhan atau bersiri.
Syarat: artikel boleh dihantar kepada Biro Akademik (Mohd Khairi atau Ina Dira) terlebih dahulu.
Contoh: Buku yang dibedah "Waktu dalam Kehidupan Seorang Muslim" (الوقت في حياة مسلم) oleh Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi. Ceritakan secara ringkas dan mencakupi semua bab berkaitan isi kandungan buku tersebut.
*cenderahati akan disediakan bagi yang memberikan penyertaan
:: Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terlaksana ::

MAJLIS RAMAH MESRA DAN CHARITY DINNER MPKJ (RICE)

Pada 28 November 2014 yang lalu telah diadakan program RICE. Program tersebut telah diadakan di matiqah Irbid dan dihadiri oleh anak Kedah di setiap mantiqah.




Program ini mendapat sambutan hangat daripada anak Kedah. Syukur Alhamdulillah pada makan malam MPKJ telah melancarkan tabung Kempen Sedinar.

Berikut merupakan gambar-gambar pada program ini.



Sunday 9 November 2014

SYARAT MEMOHON ZAKAT KEDAH

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah.
(ZAKAT KEDAH)
Alhamdulilah. untuk makluman semua borang zakat online telah dibuka.
Di sini saya sertakan syarat serta langkah2 untuk pengurusan borang zakat:
TEMPOH PROSES BORANG AKAN BERLANGSUNG DARI 2 OKTOBER 2014 sehingga 10 NOVEMBER 2014.
TARIKH AKHIR UNTUK MENYERAHKAN BORANG KEPADA PERWAKILAN SETIAP MANTIQAH IALAH 10 NOVEMBER 2014.
Syarat-syarat penerima (pelajar) ZAKAT KEDAH:
- Islam
- Lahir di Kedah atau menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / biasiswa /
pinjaman
- Bukan ahli bersekutu MPKJ
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA.
Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang
pengajian.
- Sila print borang tersebut dengan butiran peribadi yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang berikut:
a) Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
b) Salinan kad pengenalan waris / penjaga
c) Surat pengakuan dari universiti Sesi 2014/2015
* Isbat tholib yang terbaru dalam bahasa Inggeris.
d) Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2013/2014)
*Kasyfu alamat dalam bahasa Inggeris.
- Semua dokumen di atas WAJIB DISERTAKAN
- Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan
bantuan.
e)Serahkan borang kepada perwakilan setiap mantiqah.
Sekian.Jazakallahkheir.Moga kita sentiasa dalam limpangan rahmat Allah.
'UKHWAH TERBINA,KEBAJIKAN TERLAKSANA'

Sunday 29 June 2014

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum. 
Kami dari ALT MPKJ ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan AlMubarak kepada semua ahli MPKJ. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.





Tuesday 17 June 2014

Kunjungan Yayasan Islam Negeri Kedah

Pada 7 Jun 2014 yang lepas, telah diadakan Ramah Mesra bersama rombongan Yayasan Islam Negeri Kedah di Bayt PPMA, Amman. Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya, terdapat pelbagai isu yang dibincangkan. Antara tetamu yang hadir ialah, Dato' Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah dan Tuan Haji Mohamad bin Che Nai merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah.



Telah berlangsung juga sesi ramah mesra bersama Pegawai HEP Kedah Timur Tengah, Ustaz Baihakhi bersama anak-anak Kedah.


Wednesday 21 May 2014

MPKJ Solat Hajat dan Bacaan Yassin (Mafraq)

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah telah selamat  majlis solat Hajat serta bacaan Yassin yang diadakan di Bayt Asward baru-baru ini. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa.








Barang siapa yang berusaha, maka dia akan berjaya

     Semoga segala usaha-usaha baik kita diberkatiNya, dipermudahkan kita waktu jawab exam dan moga-moga ilmu yg kita pelajari kekal di dalam hati kita supaya dapat kita amalkan dan sampaikan kepada org-org lain. Sentiasalah mengharapkan pertolongan dari Allah agar hati,jiwa dan fikiran kita tenang semasa menjawab exam. Ingatlah petua indah dari Ibnu Athailah:

"Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan."


.RABBI YASIR WALA TU ‘ASSIR, RABBI TAMIM BI KHAIR YA KARIM KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA MPKJ serta  SIRU'ALA BARAKATILLAH.

Monday 12 May 2014

SALAM IMTIHAN NIHAEI

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t .

selamat menempuhi imtihan nihaie untuk seluruh ahli keluarga MPKJ. semoga kejayaan menjadi milik kita semua , inshaAllah. aamiin .

tulus ikhlas dari kami,
ALT MPKJ sesi 2014/2015

Saturday 3 May 2014

MESYUARAT PERTAMA AMT / ALT SESI 2014/2015



Alhamdulillah telah selamat berlangsung mesyuarat untuk kali pertama bagi sesi 2014/2015 bertempat di Mu'tah pada 2 Mei 2014 .

Antara perkara yang dibincangkan ialah :


  1. slot taaruf barisan kepimpinan
  2. penerangan misi , visi dan objektif MPKJ 
  3. perbicangan skop kerja oleh setiap unit
  4. perancangan aktiviti yang bakal dijalankan 
berikut disertakan nama bagi barisan AMT sesi 2014/2015 .

Yang DiPertua - Muhammad Syazuwan bin Ahmad
Naib Yang Dipertua - Nor Syamimi binti Ahmad Lutfi
Timbalan Yang DiPertua - Luqman Ul_hakim bin Faisal
Setiausaha - Muhammad Najmi Rohaizad bin Mohd Nazri
Timbalan Setiausaha - Arifah Amalia binti Aswadi
Bendahari - Muhammad Aiman bin Ahmad Shukri @ Sukri
Timbalan Bendahari - Robiatul Adawiyah binti Mohd Radzuan

berikut senarai nama bagi barisan ALT 2014/2015

Biro Akademik
Mohd Khairi bin Mohd Salleh
Fudzla binti Adenan

Biro Kebajikan 
Mohd A'atifurrahman bin Takhiyaddin
Alya Mahirah binti Mohd Luthfi Ameer

Biro Eknomi
 Fauzan Hafizi bin Mohamad
Wan Nur Husnina binti Abdul Rahim

Biro Multimedia dan Publisiti
Mohd Faizuddin bin Muhammad Zuki
Nur Atiqah binti Abdul Madzi

manakala bagi perwakilan setiap mantiqah :

Yarmouk  ( Irbid ) - Syarif Muhamad Syaheed bin Khalid
                                Nur Sakinah 'Amirah binti Ahmad
JUST ( Irbid ) -         Muhammad Ihsaan 
                                 Marini binti Soleh
Amman -                   Ahmad Qusairy bin Zulkefly
                                Nur Adlina binti Mohd Asri
Mu'tah -                    Muhammad Amin bin Ahmad
                                 Shaimaa' binti Azizan
Mafraq -                  Ahmad Yusairi bin Yusli
                                Aniqah binti Azmi

nantikan segala aktiviti terkini kami . teruskan kesetiaan bersama blog MPKJ .

Friday 4 April 2014

KELAS ASAS PHOTOSHOP


Alhamdulillah selesai sudah Kelas Asas Photoshop di bawah anjuran Biro Perhubungan dan Penerangan.

Kelas ni untuk Akhwat di Mu'tah dan Ahli MPKJ sahaja.

Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar.

PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL MPKJ






Semua ahli MPKJ dijemput menyertai pertandingan menulis artikel anjuran MPKJ yang berkisarkan Travelog.

Terma dan syarat penyertaan terdapat dalam poster. Tarikh tutup penyertaan adalah 5 April 2014.

Hadiah yang menarik menanti anda semua dan akan disampaiakn di GRAVITY 2014. Ayuh, pakat ramai-ramai join.


Anjuran Biro Akademik MPKJ 

Makluman Pilihanraya MPKJ 2014 / 2015



       
Berikut adalah senarai pusat pengundian bagi setiap mantiqah

Selamat mengundi buat semua warga MPKJ

''Undian Kita, Tanggungjawab Bersama''

Pengumuman Calon Bertanding, Pilihanraya MPKJ 2014/2015

Setelah tamatnya proses Penamaan Calon pada 20 Mac yang lalu, berikut merupakan nama-nama calon yang akan bertanding dalam pilihanraya MPKJ pada kali ini.

SENARAI NAMA CALON SISWA SAH BERTANDING KERUSI (AMT)

1. MUHAMMAD SYAZUWAN BIN AHMAD (MU’TAH)
2. ANAS BIN HAJI MOKHTAR (MU’TAH)
3. MUHAMMAD AMIN BIN AHMAD (MU’TAH)
4. MOHD A'ATIFURRAHMAN BIN TAKHIYADDIN (MAFRAQ)
5. WAN MOHD AKRAM BIN WAN HALIM (MAFRAQ)
6. LUQMAN UL-HAKIM BIN FAISAL (IRBID)
7. MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD SHUKRI (IRBID)
8. MUHAMMAD NAJMI ROHAIZAD BIN MOHD NAZRI (IRBID)
9. MOHD KHAIRI BIN MOHD SALLEH (AMMAN)
10. MUHAMMAD FATHI BIN MOHD PHUZI (AMMAN)
11. ZHANIEF BIN ZOHARI (AMMAN)
12. AHMAD QUSAIRY BIN ZULKEFLY (AMMAN)


SENARAI NAMA CALON SISWI SAH BERTANDING KERUSI (AMT)

1. ROBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD RADZUAN (MU’TAH)
2. ARIFAH AMALIA BINTI ASWADI (MU’TAH)
3. NOR HANIM BINTI CHE HARUN (MU’TAH)
4. NAJLAA BINTI NASIR (MU’TAH)
5. IZYAN HAYATI BT ISMAIL (MAFRAQ)
6. NOR SYAMIMI BT AHMAD LUTFI (MAFRAQ)
7. IFFAH BINTI ABDUL RAZAK (AMMAN)

Jawatan Suruhan Pilihanraya MPKJ sesi 2014/2015




MPKJ Charity Dinner ( Irbid & Mafraq )





                                               
                                                                      Peserta akhwat

                                  
                                                                      Peserta syabab

Alhamdulillah selesai sudah MPKJ Charity Dinner pada 21 Mac yang lalu ( Irbid & Mafraq )

Tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan program yang lalu.

Terima kasih kepada semua Ahli MPKJ yang hadir.


Sekian.

Monday 17 March 2014

MPKJ Charity Dinner ( Amman & Mu'tah )


MPKJ Charity Dinner 

 

Barisan AJK Pelaksana

Alhamdulillah selesai sudah MPKJ Charity Dinner ( Mu'tah & Amman )

Tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan program pada Jumaat yang lalu bersamaa 14 Mac 2014

Terima kasih kepada semua Ahli MPKJ yang hadir.

Nantikan Mcd di Irbid

Sunday 16 February 2014

Bedah Buku Online


Assalamualaikum w.b.t

Buat julung-julung kalinya, MPKJ memperkenalkan Bedah Buku Online ( Online Book Dissection ) dalam usaha menyemai budaya membaca dalam kalangan hali selain meberi santapan kepada minda yang sentiasa dahaga ilmu.

Ahli MPKJ sangat dialukan untuk mengikuti program ini di page Majlis Pelajar Kedah Jordan untuk meluaskan horizon peimikiran dan kecaknaan.

Selain itu, bagi ahli yang berminat untuk merancakkan atmosfera ilmu, anda amatlah digalakkan berbuat demikian dengan mengisi spreadsheet di bawah.

Ayuh, kita semarakkan pembudayaan ilmu dalam MPKJ.

Andai fikir seseorang itu mati, setelah tak berhubung jasad dan nyawa, nyata kita salah mengerti, kerana amal memberikan makna.

Program ini dikelolai di bawah Biro Akademik.




Wednesday 12 February 2014

FUTSAL IRBID





TEMPAT : Yarmouk Grand 

TARIKH : 8.30 malam, 22Januari 

OBJEKTIF : 

- Mengeratkan tautan ukhwah antara ahli MPKJ 

- Memastikan kebajikan ahli terjaga

-Mengwujudkan kebersamaaan sesama

Secara kesuluruhan objektif tercapai kerana mendapat sambutan dan dapat mengeratkan ukhwah 



MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN


Mantiqah Mu'tah


Mantiqah Mu'tah


Mantiqah Irbid 


Mantiqah Mafraq 




TEMPAT : Mu'tah ( Darul Hijrah ) , Irbid ( Dar Alhmdulillah ) , Mafraq ( Bayt Aswad )

TARIKH : 27 Disember, 5 Januari, 24 Disember 

OBJEKTIF : 

- Mengeratkan jalinan ukhwah sesama ahli MPKJ

- Mendoakan kejayaan dalam imtihan nihaie dan bacaan yaasin untuk arwah saudara Ridzuan & saudari Atikah Ahmad 

- Memastikan kebajikan ahli terjaga 

- Mewujudkan kebersamaan sesama 

- Membudayakan nilai keharmonian dalam kalangan ahli MPKJ 


Alhdmulillah, semua aktiviti dapat dijalankan dengan efektif atas kerjsama semua ahli MPKJ di Mantiqah Mutah untuk mencapai objektif program dan merehatkan minda sebelum menghadapi imtihan nihaei dengan mendekatkan diri kepada Allah. Setiap slot dapat dijalankan dengan sempurna dan mempunyai pengisian yang sangat berharga kepada ahli MPKJ