Sunday 29 September 2013

FUTSAL MAHABBAH MPKJ 2013

Ahli dalam perjalanan 

Para pemain sibuk bermain

Masa untuk berehat 



1.            MUQADIMAH
Futsal Mahabbah merupakan program dari pihak Biro Kebajikan  bertemakan“Our Family,Our Unity”.  Aktiviti ini diadakan dalam mewujudkan kebersamaan sesama ahli MPKJ dan bersama pimpinan MPKJ disamping menyelami masalah ahli serta memastikan kebajikan ahli terjaga dari segi kewangan,kesihatan dan keilmuan.

2.            OBJEKTIF PROGRAM
2.1.Mewujudkan hubungan erat antara ALT MPKJ 2013 dengan Ahli MPKJ.
2.2.Memastikan kebajikan ahli terjaga melalui tinjauan kasar semasa program berjalan.

3.            SKOP / SASARAN PROGRAM
3.1.Semua ahli MPKJ (syabab)-mantiqah Mu’tah

4.            BUTIRAN PROGRAM
•             TARIKH : 14 JUN 2013
•             TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KARAK
•             ANJURAN : BIRO KEBAJIKAN MPKJ



Wednesday 25 September 2013

IFTOR JAMAIE RAMADHAN 1434 H

Mantiqah Mu'tah

Mantiqah Irbid

Mantiqah Amman

Mantiqah Mafraq


JORDAN, JULAI 2013 – Alhamdulillah, Unit Perwakilan Mantiqah MPKJ sesi 2013/2014 telah berjaya menganjurkan satu lagi program iaitu Iftor Jamaie – Majlis Berbuka Puasa sekitar pertengahan Ramadhan yang lalu mengikut mantiqah masing-masing. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dengan kehadiran anak-anak Kedah samada syabab mahupun akhawat.        
Tujuan utama program ini adalah memburu keredhaan Allah pada bulan Ramadhan ini sambil mewujudkan kebersamaan sesama ahli MPKJ. Melalui Iftor Jamaei ini juga, pembudayaan nilai kerohanian dalam kalangan ahli MPKJ dapat diterapkan menerusi beberapa program yang telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa program ini sendiri.
Iftor dimulakan dengan mantiqah Mafraq diikuti Amman, Irbid dan Mu’tah. Sedikit kelainan bagi mantiqah Amman dan Mu’tah kerana mengadakan Iftor Jamaei dengan kerjasama beberapa pihak luar. Contohnya, Perwakilan Amman bekerjasama antara BKAN MUTIARA, BKASJ, dan  Lajnah Ekonomi PPMA. Manakala Perwakilan mantiqah Mu’tah pula bergabung dengan Biro Kebajikan dan BKAN BKAPJ di mantiqah Mu’tah.
Antara program yang telah dijalankan sempena Iftor ini adalah gotong royong merewang bersama-sama, Persembahan nasyid, solat maghrib  dan terawih berjemaah, sembang-sembang santai antara Khirrijat Soifi dan sesi bergambar. Ternyata program seperti ini sangat membantu dalam memupuk hubungan kekeluargaan sesame anak Kedah. Semoga program seperti ini dapat memperkasakan ukhuwah sesama peserta dan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada Ramadhan akan datang.

                Pihak program merakamkan sekalung apresiasi dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak Kedah dengan partisipasi mereka semua. Sekalung penghargaan dan syabas dirakamkan juga kepada para AJK yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk  melaksanakan program ini walaupun masih didalam fatrah imtihan . Tanpa kalian tidak bermakna program ini.