Sunday 29 June 2014

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum. 
Kami dari ALT MPKJ ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan AlMubarak kepada semua ahli MPKJ. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.





Tuesday 17 June 2014

Kunjungan Yayasan Islam Negeri Kedah

Pada 7 Jun 2014 yang lepas, telah diadakan Ramah Mesra bersama rombongan Yayasan Islam Negeri Kedah di Bayt PPMA, Amman. Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya, terdapat pelbagai isu yang dibincangkan. Antara tetamu yang hadir ialah, Dato' Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah dan Tuan Haji Mohamad bin Che Nai merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah.



Telah berlangsung juga sesi ramah mesra bersama Pegawai HEP Kedah Timur Tengah, Ustaz Baihakhi bersama anak-anak Kedah.