Pada 22 Julai yang lalu bersamaan hari Jumaat, Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan Majlis Mesyuarat Agung tahunan (AGM MPKJ) kali ke-17. Majlis ini di adakan di Dewan Mu'tamarat, Universiti Yarmouk. Majlis ini bermula agak lewat iaitu pada pukul 11 pagi memandangkan ahli MPKJ dari mantiqah Mu'tah tiba lewat. Walaubagaimanapun, hasil kerjasama Biro Program dan pengerusi sidang yang berwibawa, majlis berjaya ditamatkan pada jam 4.45 petang seperti yang dirancangkan.
Antara objektif AGM kali ini adalah untuk memuhasabah segala gerak kerja dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010/2011. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih dan menggalakkan ahli untuk turut serta dalam aktiviti persatuan termasuklah untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli MPKJ. Majlis ini dihadiri oleh ahli rasmi dan bersekutu MPKJ di seluruh Jordan.
Majlis dimulakan dengan pelantikan pengerusi sidang iaitu saudara Mohamad Ali b Rejab dan pelantikan dua orang setiausaha sidang. Seterusnya saudara pengerusi sidang mengambil alih dan meneruskan majlis dengan sesi pembentangan, pengesahan, dan perbahasan bagi aktiviti tahunan MPKJ dan laporan kewangan MPKJ bagi tahun 2010/2011 sebelum sesi usul dan cadangan dijalankan. Pada pertengahan majlis turut diselitkan sesi kuiz berkenaan MPKJ untuk memastikan ahli sentiasa cakna dengan perkembangan MPKJ.
Satu dewan diselubungi debaran ketika pihak SPR ingin mengumumkan keputusan pilihanraya. Akhirnya, jawatan Yang di Pertua MPKJ sesi 2011/2012 digalas oleh saudara Atiqullah Mursyid bin Abdul Halim manakala timbalan Yang di Pertua ialah saudari Nur Amalina binti Abdul Rahim.
Satu dewan diselubungi debaran ketika pihak SPR ingin mengumumkan keputusan pilihanraya. Akhirnya, jawatan Yang di Pertua MPKJ sesi 2011/2012 digalas oleh saudara Atiqullah Mursyid bin Abdul Halim manakala timbalan Yang di Pertua ialah saudari Nur Amalina binti Abdul Rahim.
Majlis AGM MPKJ kali ke-17 diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Atase Pendidikan di Education Malaysian Jordan, Ustaz Saifuddin b Hussin yang turut menyampaikan sijil dan cenderahati kepada mantan barisan kepimpinan MPKJ sesi 2010/2011.
Alhamdulillah syukur, secara keseluruhannya majlis AGM MPKJ kali ini berjaya mencapai objektif dan mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli malah terbukti ahli MPKJ masih cakna dan sentiasa berfikir cara terbaik untuk meningkatkan prestasi MPKJ di masa akan datang. Semoga barisan kepimpinan pada sesi ini lebih mantap dan sentiasa bercambah buah fikiran demi meningkatkan pentadbiran MPKJ.
No comments:
Post a Comment