Sunday 19 August 2012

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Aidiladha 2010/2011

19 november  2010, Jumaat – Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan majlis ramah mesra aidilfitri aidiladha bagi sesi 2010/ 2011. Majlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 12 november 2010 bersamaan 5 zulhijjah 1431 H. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 6.30 malam bertempat di wisma negeri sembilan dan pusat khidmat mahasiswa (puskma), Mu’tah. 

Program bermula lewat sedikit dari masa yang telah ditetapkan.

Seramai 130 orang ahli MPKJ yang terdiri daripada ahli rasmi dan bersekutu dari empat mantiqah iaitu Amman, Irbid, Mu’tah  dan Mafraq.
Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli baru dan ahli lama serta bertujuan merayakan suasana raya di perantauan sesama ahli MPKJ. Antara objektif program ini adalah:

1.       Mengeratkan ukhuwah antara ahli MPKJ yang baru dan lama.
2.       Melancarkan tabung kebajikan mpkj.

Majlis sambutan hari raya pada kali ini bertemakan “citra warna mesra ria hari raya”. Antara pengisian yang telah dilaksanakan dalam program ini ialah sesi berkenal- kenalan sesama ahli mpkj, pelancaran tabung kebajikan MPKJ dan jamuan hari raya. Selepas solat asar, majlis diteruskan dengan sesi permainan ringan serta pengenalan dan ucapan ahli majlis tertinggi (AMT) mpkj sesi 2010/ 2011.

Majlis diteruskan selepas solat maghrib dengan tahlil ringkas untuk arwah bapa kepada mantan AMT MPKJ sesi 2009/ 2010 dan arwah ibu kepada salah seorang ahli mpkj yang telah meninggal dunia . Setelah itu, berlangsung sesi tayangan video tentang kejatuhan khilafah Uthmaniyyah.
Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perubahan masa. Mudah-mudahan program yang dijalankan dapat menjadi medan tautan ukhuwah kepada semua ahli mpkj seterusnya menjadi satu titik tolak kepada program- program MPKJ yang akan dijalankan pada masa akan datang. Akhirnya, semoga majlis ramah mesra aidilfitri aidiladha MPKJ pada kali ini dicatat sebagai amal baik dan diterima oleh Allah SWT.

“citra warna mesra ria hari raya”
“bersama meneraju kecemerlangan hakiki”

disediakan oleh,

Nurul Husna binti Roslan,
Setiausaha,

Majlis ramah mesra aidilfitri aidiladha,
MPKJ sesi 2010/ 2011.

No comments:

Post a Comment