Wednesday, 13 March 2013

Syarat - Syarat Berkempen ( Pilihanraya MPKJ )


Bermulanya tempoh berkempen untuk pilihanraya yang bakal tiba tak lama lagi. Namun, di sini ingin diingatkan kepada semua ahli MPKJ serta semua calon yang bakal bertanding tentang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam tempoh berkempen ini. Sila teliti perkara-perkara tersebut dan kami dari pihak SPR mengharapkan semua ahli MPKJ dapat menuruti syarat-syarat ini demi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Ayuh kita mulakan kempen ini secara sihat.

1) Semua ahli MPKJ layak berkempen kecuali SPR.
2) Dibenarkan dalam pelbagai cara berkempen, contohnya video, gambar, poster, facebook, risalah bercetak dan sebagainya mengikut kreativiti calon.
3)  Tidak menggunakan isu berpuak-puak atau berkumpulan, contohnya kemukiman, kumpulan politik, alumni sekolah, alumni kolej/universiti/pusat-pusat pengajian dan apa yang difikirkan berkaitan.
4) Menjaga adab-adab dalam berkempen, seperti menjaga perlakuan, menjaga perkataan, tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti calon dan apa yang difikirkan berkaitan.
5) Kawasan mengundi adalah larangan kawasan berkempen.
6)  Sekiranya ingin membuat rapat umum / ceramah atau apa sahaja yang melibatkan perjumpaan umum wajib melaporkan kepada pihak SPR terlebih dahulu.
7) Dilarang berkempen/menampal poster/mengedar risalah di sekitar kawasan yang melibatkan kawasan umum/awam yang melibatkan pengetahuan warga arab (rujuk pada SPR terlebih dahulu).

Disediakan oleh,
Eksekutif Disiplin & Tatacara SPR MPKJ 2013/14

No comments:

Post a Comment