Friday, 31 August 2012

Prosedure Permohonan Zakat Kedah

Beberapa prosedur permohonan bantuan zakat pelajaran untuk pelajar timur tengah iaitu Mesir, Jordan dan Syria.



PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJARAN DI MESIR, JORDAN DAN SYRIA SECARA ONLINE
1. Buka Portal Zakat Kedah
2. Klik pada 'Permohonan Baru'

3. Pilih jenis bantuan

4. Baca syarat-syarat permohonan dengan teliti. Pemohon wajib menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

5. Isi dengan lengkap butiran diri merangkumi :
  • Maklumat pelajar
  • Maklumat ibu/bapa/penjaga/pasangan (bagi pasangan yang sedang berada di Malaysia sahaja dan menjadi penjaga pemohon)
  • Maklumat penjaga
  • Maklumat pengajian (pada ruang 'sesi pengajian dan tahun pengajian', pemohon hanya perlu mengisi tahun pengajian sahaja)
MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Isi kata laluan (kata laluan dan pengesahan kata laluan mestilah sama dan pemohon diingatkan tidak lupa kata laluan yang dimasukkan)

2. Klik Semak

3. Jika ada pembetulan pada butiran peribada, klik kemaskini. Jika tidak ada, klik pada sah dan hantar. (Pemohon diingatkan supaya meyemak dengan teliti maklumat butiran diri sebelum menekan butang sah dan hantar)

4. Kemudian setelah selesai klik pada cetak borang. Borang yang telah dicetak perlu dikepilkan bersama dokumen yang telah ditetapkan dan perlu dihantar ke majlis / persatuan pelajar untuk disahkan. 

5. Penghantaran borang ke Jabatan Zakat Negeri Kedah hendaklah melalui persatuan pelajar. penghantaran secara individu tidak akan dilayan.

6. Pemohon boleh menyemak status permohonan dari masa ke semasa dengan membuka portal zakat menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan. Klik pada semak.

No comments:

Post a Comment