Sunday 19 August 2012

Colooquium Astronomi Falak (COSMIK) 2012

Irbid , 20 April 2012 :  Setiap persatuan perlu mengadakan program tahunan untuk menunjukkan fungsi persatuan tersebut. Sehubungan dengan itu, Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ), yang dibawah kelolaan Biro Akademik MPKJ telah mengadakan Program Colloquium Astronomi Falak II (Cosmik) sesi 2012.

Program tersebut telah diadakan di Dewan Solahuddin, Jordan University of Science and Technology (JUST) pada Jumaat , 20hb April yang lalu . Turut hadir sama pada hari tersebut ialah Prof Madya Dr. Azidan bin Abdul jabar , Pengarah EMJ dan pegawai-pegawai EMJ dan Kedutaan Malaysia Amman . Antara pembentang yang dijemput ialah Puan Nurhana Dato’ Ibrahim, Ust Fadhli Mutalib , dan Dr Khaled Tell . Seramai lebih 100 peserta yang hadir dari pelusuk Jordan.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah memberi pendedahan tentang kepentingan ilmu falak dalam kehidupan mukmin sejagat, memberi pendedahan secara jelas tentang perkembangan ilmu falak. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk minat orang ramai terhadap ilmu astronomi .
Secara keseluruhannya , program Cosmik kali ini berjalan dengan lancar walaupun agak tidak berpuas hati kerana sesi praktikal tidak dapat dijalankan dengan baik . Walaupun begitu, jelas tergambar kegembiraan peserta ketika sesi tersebut. Majlis diakhiri dengan tayangan video sepanjang berlangsung program . Majlis  kemudiannya ditangguh dengan kafaratul majlis dan surah al- asr.Kepimpinan MPKJ mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program ilmiah seperti ini. Tidak lupa juga kepada AJK Program yang terlibat bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semoga Allah Merahmati kita semua.

“TRANSFORMASI MAHASISWA KE ARAH KECEMERLANGAN BERSAMA”

No comments:

Post a Comment