Sunday, 19 August 2012

Majlis Ramah Mesra bersama Yayasan Islam Negeri Kedah.


23 Disember 2010 – Majlis Kebajikan Kedah Jordan (MPKJ) sesi 2010/2011 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Yayasan Islam Negeri Kedah buat julung kalinya diadakan di Jordan. Majlis ini berlansung pada 23 Disember 2010 bersamaan dengan 17 Muharam 1432H bertempat di Malaysian Student Department (MSD) yang melibatkan semua ahli MPKJ.

Majlis pada mulanya berlangsung pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari  iaitu sesi temu-ramah antara mahasiswa bersama pihak Yayasan Islam Negeri Kedah yang memohon pinjaman. Setelah itu,majis diteruskan pada sebelah petang dengan ketibaan dif-dif kehormat serta semua ahli MPKJ dari semua mantiqah.Seramai 100 orang ahli yang hadir memeriahkan majlis tersebut.Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dikendalikan oleh saudara Ihsan bin Sabri.
Seterusnya, majlis dimulakan dengan ucapan pengarah program yang mengendalikan majlis tersebut.Kemudian,majlis disusuli dengan ucapan Yang Di-Pertua Majlis Pelajar Kedah Jordan iaitu saudara Mohd muzammil selaku YDP.Turut berucap  dalam majlis tersebut Ustaz Saifuddin selaku Pegawai Atase yang mewakil MSD.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Encik Abd.Rahman selaku Pengarah dari Yayasan Islam Negeri Kedah.
Majlis diteruskan dengan agenda pada sebelah malam dengan sesi sidang dan penyerahan usul antara pihak Yayasan Negeri Kedah dan para mahasiswa Kedah se-Jordan.Selain itu juga,para hadirin turut disajikan dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Jordan dan penyampaian hadiah kepada pihak Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) serta hadiah cabutan bertuah kepada ahli.Seusai sudah majlis,acara diteruskan dengan sesi bergambar bersama pihak Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) serta semua ahli MPKJ.Jamuan turut disajikan kepada semua ahli yang hadir.Majlis bersurai pada jam 11 malam.
Keseluruhannya,majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang walaupun terdapat sedikit perubahan waktu yang tidak dapat dielakkan.Semoga dengan adanya majlis ini,dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa MPKJ dan pihak Yayasan Islam Negeri Kedah.

Disediakan oleh,
RAIHAN BINTI AZIZAN
Setiausaha,
Majlis Ramah Mesra bersama Yayasan Islam Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment