Sunday 9 November 2014

SYARAT MEMOHON ZAKAT KEDAH

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah.
(ZAKAT KEDAH)
Alhamdulilah. untuk makluman semua borang zakat online telah dibuka.
Di sini saya sertakan syarat serta langkah2 untuk pengurusan borang zakat:
TEMPOH PROSES BORANG AKAN BERLANGSUNG DARI 2 OKTOBER 2014 sehingga 10 NOVEMBER 2014.
TARIKH AKHIR UNTUK MENYERAHKAN BORANG KEPADA PERWAKILAN SETIAP MANTIQAH IALAH 10 NOVEMBER 2014.
Syarat-syarat penerima (pelajar) ZAKAT KEDAH:
- Islam
- Lahir di Kedah atau menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / biasiswa /
pinjaman
- Bukan ahli bersekutu MPKJ
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA.
Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang
pengajian.
- Sila print borang tersebut dengan butiran peribadi yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang berikut:
a) Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
b) Salinan kad pengenalan waris / penjaga
c) Surat pengakuan dari universiti Sesi 2014/2015
* Isbat tholib yang terbaru dalam bahasa Inggeris.
d) Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2013/2014)
*Kasyfu alamat dalam bahasa Inggeris.
- Semua dokumen di atas WAJIB DISERTAKAN
- Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan
bantuan.
e)Serahkan borang kepada perwakilan setiap mantiqah.
Sekian.Jazakallahkheir.Moga kita sentiasa dalam limpangan rahmat Allah.
'UKHWAH TERBINA,KEBAJIKAN TERLAKSANA'