Monday 14 October 2013

SOLAT HAJAT MPKJ


Mantiqah Mu'tah


Mantiqah Amman


Mantiqah Mafraq


Mantiqah Irbid


TEMPAT : AMMAN ( BAYT KENANG ) , MUTAH ( BAYT HIJAU ) , MAFRAQ ( BAYT MAA'HAD) , IRBID ( BAYT REDHO )

TARIKH : 16, 17 MEI 2013

OBJEKTIF : 

• Mendoakan kejayaan ahli dalam imtihan nihaei

• Mengeratkan tautan ukhwah antara Ahli MPKJ 

• Menerangkan ringkas taqwim MPKJ 2013/2014

• Mendoakan kesembuhan Ustaz Azizan. 
-Bacaan yaasin berjemaah
-Tazkirah ringkas khirijin
-Jamuan ringkas


Secara keseluruhannya objektif tercapai kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua ahli di setiap mantiqah. 







Monday 7 October 2013

KUNJUNGAN DELEGASI KEDAH KE JORDAN


12 / 9 / 2013 - Khamis
7.00 pagi - Cikgu Ismail dan Ustaz Nasrul bersama  dengan  rombongan pelajar selamat tiba di Queen Alia Airport jam 6 pagi waktu Jordan. Saudara Muhammad Akram Afifi B Haji Mohd Salleh, merangkap Bendahari Agung merangkap Pemangku Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) pada ketika itu ditugaskan untuk mengiringi Delegasi Kedah sepanjang keberadaan mereka di Jordan.  Sebelum kami bersurai ke universiti masing-masing, pelajar baru ini diberi taklimat tarakhir oleh Cikgu Ismail, Pegawai di Jabatan Agama Islam Kedah.



Cikgu Ismail beserta Ustaz Nasrul memulakan perjalanan dengan menziarahi ke Mantiqah Mu’tah. Sebuah kawasan bersejarah iaitu tempat berlakunya peperangan Mu’tah. Mantiqah Mu’tah merupakan penempatan pelajar Kedah yang paling ramai pada sesi 2013/2014.

Sementara menanti majlis pertemuan antara pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Mu’tah, kami sempat menziarahi maqam tiga sahabat, Abdullah Bin Rawahah, Zaid Bin Harithah dan Jaafar Toyyar yang berhampiran dengan kawasan Mu’tah iaitu di Masjid Ja’far, Mazar. 

Pada malamnya kami bersama-sama pelajar Kedah di PUSkMA (rumah persatuan). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi  majlis oleh Saudara Iqbal Nawawi, kemudian diikuti ucapan oleh Naib Yang Di-Pertua MPKJ, Saudari Awatif Fasihah. Acara kemuncak pada malam itu adalah ucapan Cikgu Ismail dan soal-jawab anak-anak Kedah bersama delagasi.



13 / 9 /2013
Sebelum kami bertolak ke Aqobah, kami sempat menziarahi Kubu milik Sultan Solahuddin Al-Ayyubi di  Karak, Jordan. Kemudian kami terus bertolak ke Aqobah. Di sana delegasi diperkenalkan tentang budaya  hidup masyarakat Jordan dan membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

14 / 9 / 2013
Destinasi seterusnya adalah Mafraq. Kami dimaklumkan bahawa Mafraq adalah tempat yang paling banyak penempatan yang menempatkan pelarian Syria. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh perwakilan dan pimpinan Kedah.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, diikuti dengan kata aluan dari Saudara Akram Afifi merangkap Bendahari Agung MPKJ. Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan ucapan dari Cikgu Ismail.



Tanpa melengahkan masa, kami gerak ke Irbid bagi menziarahi anak-anak Kedah di sana. Kami tiba di sana disambut oleh alunan azan, menandakan waktu Magrib sudah masuk.  Kami bersiap-siap untuk ke Majlis Ramah Mesra Delegasi bersama anak-anak Kedah.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis oleh Saudara Najmi Rohaizat disusuli ucapan wakil pimpinan oleh Setiausaha Agung MPKJ, Saudara Luqman ul-Hakim. Acara kemuncak, soal-jawab delegasi tampak meriah bersama anak negeri di sana dengan ajukan soalan.



15 / 9 / 2013
Sebelum kami berangkan ke Amman, kami sempat mengunjungi Balad Irbid sekitar waktu pagi. Usai solat di Irbid, kami terus bertolak ke Amman bagi mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Malaysia.
Jam tepat menunjukkan 11.00 p.m. Sebelum Cikgu Ismail berangkat pulang, kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan di Jordan.

 Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InshaAllah kita berjumpa lagi.

KEBERANGKATAN PELAJAR BARU KE JORDAN





11 SEPTEMBER 2013- Seramai 30 orang pelajar baru yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan pada sesi 2013/2014 dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK) terdiri daripada 17 orang lelaki dan 13 orang perempuan.

Dikesempatan itu, satu pertemuan diadakan sebelum keberangkatan mereka bersama wakil dari Sultan Kedah di Wisma Negeri Kedah. Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mencemar duli pada pertemuan tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada semua anak-anak Kedah yang bakal ke sini. Dan Alhamdulillah, sedikit sumbangan turut diserahkan kepada MPKJ sebagai bantuan permulaan untuk pengurusan persatuan dan kebajikan ahli di sini kelak.

Setelah itu, para pelajar bertolak ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak JHEIAK dari laman Wisma Negeri Kedah.

Butiran penerbangan :

Penerbangan     : Royal Jordanian (RJ)

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Tarikh Bertolak : 11 September 2013 (Rabu)-
Masa Bertolak   : 10.10 malam (Malaysia)

Queen Alia International Airport (QAIA)
Tarikh Ketibaan : 12 September 2013 (Khamis)
Masa Ketibaan : 5.15 pagi (Jordan)

Alhamdulillah mereka tiba dengan selamatnya sambil diiringi oleh dua org pegawai JHEAIK dan disambut oleh wakil dari Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) yang diketuai oleh Naib Timbalan Yang-Dipertua, Saudari Nurul Awatif Fasihah.

::OUR FAMILY, OUR UNITY::





MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH YAB DATO’MUKHRIZ MAHATHIR, MENTERI BESAR KEDAH


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan Ahli Lembaga Tadbir


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar perempuan


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar lelaki


Pada 9 September  2013 yang lalu, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan suatu program iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan kepada anak-anak Kedah yag bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan. Program ini bertempat di Dewan Makan Sri Mentaloon, Anak Bukit turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB DATO’ PADUKA HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR dan dhif-dhif kehormat dari kerajaan negeri Kedah.

Dalam teks ucapan YAB Menteri Besar, beliau menyeru agar semua pelajar mengambil kesempatan yang ada untuk mendalami ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama Islam. Beliau juga menyentuh hal-hal semasa iaitu isu Syiah yang makin menular di Malaysia dan pergolakan di Mesir pada ketika itu. Kata beliau, keselamatan anak-anak Kedah di negara luar amat dititikberatkan.

Alhamdulillah, selain sumbangan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan, pihak kerajaan negeri turut menyerahkan sumbangan kpd MPKJ sebagai bantuan permulaan kepada pihak persatuan. Buat makluman semua,pihak MPKJ juga mengundang kerajaan negeri untuk ke Jordan, respon yang diterima sangat baik kerana Menteri Besar sangat berbesar hati untuk menziarahi anak-anak Kedah di sini. Dijangkakan kunjungan ini akan berlangsung pada Disember  2013 nanti, walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.

Pada akhir pertemuan, Menteri Besar ada menyampaikan salam kepada semua anak-anak Kedah di Jordan dengan lafaz Assalamualaikum W.B.T.









Thursday 3 October 2013

PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR KE JORDAN








Pada 28 hingga 30 OGOS yang lalu, pihak Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah(JHEAIK) dengan kerjasama Majlis Pelajar Kedah Jordan(MPKJ) telah menganjurkan satu program persediaan untuk mahasiswa-mahasiswa baru seliaan JHEAIK ke Jordan sesi 2013/2014.
Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai sosio-budaya masyarakat Arab Jordan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta mengenai Bahasa Arab Ammi masyarakat Jordan. Di samping itu, para peserta juga turut mendapat makluman awal mengenai kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia di seluruh Jordan.
Seramai 33 orang mahasiswa-mahasiswa baru telah menyertai program ini. Program ini juga turut melibatkan sebahagian Ahli Lembaga Tadbir MPKJ sesi 2013/2014 yang pulang bercuti ke Malaysia sebagai tenaga penggerak program.
Pelbagai slot pengisian telah disusun oleh pihak penganjur dengan bertujuan untuk memberi manfaat kepada para peserta sebagai persediaan untuk menghadapi alam mahasiswa. Tambahan pula, alam mahasiswa para peserta program ini ialah sebagai mahasiswa luar negara. Berikut adalah perincian pengisian program :

1)      Sesi Taaruf bersama wakil Ahli Lembaga Tadbir MPKJ
2)      Taklimat Hierarki Organisasi Persatuan-Persatuan di Jordan, Sistem Pembelajaran dan Peperiksaan di Universiti-Universiti Jordan oleh Yang Di-Pertua MPKJ, saudara Ilham Hussainy Abdul Raup
3)      Bahasa Arab Ammi(Teori) oleh saudara Luqman Ul-Hakiim Faisal dan Saudara Muhammad Azim Fadzil.
4)      Bahasa Arab Ammi(Praktikal) diselia oleh semua tenaga penggerak program
5)      Forum “ Sosio-budaya Masyarakat Jordan dan Realiti Kehidupan di Perantauan “ :

Moderator : Saudara Anas Hj. Mokhtar (TYDP MPKJ)
Panel 1       : Saudara Ilham Hussainy Abdul Raup (YDP MPKJ)
Panel 2       : Saudara Muhammad Ehsan Sebri(Presiden PERMATA)
Panel 3       : Saudari Fathi Insyirah Sabri( Graduan Universiti Mu’tah)

6)      Taklimat Persediaan, Kebajikan dan Keperluan oleh saudara Muhammad Azim Fadzil( EXCO PERMATA/Penasihat MPKJ)
7)      Majlis Penutup

Program telah berakhir pada pukul 12 tengahari hari Jumaat 30 Ogos dengan sesi bergambar beramai-ramai. Para peserta juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan pimpinan MPKJ yang hadir selain bertanyakan mengenai pengalaman sebagai penuntut ilmu di Bumi Syam. Sebelum bersurai, para peserta dihidangkan dengan sedikit juadah untuk santapan tengah hari.

                Moga-moga program seperti ini dijadikan program tahunan pihak JHEAIK dan MPKJ kerana program seperti ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengenalan dan pencerahan tentang kehidupan sebagai mahasiswa luar negara amnya dan sebagai mahasiswa Jordan khususnya.