Thursday 28 February 2013

Jawatankuasa Suruhan Pilihanraya MPKJ Sesi 2013/14

Dengan lafaz Bismillah kami menerima tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. 

klik untuk saiz besar
Disahkan oleh :
Ahli Lembaga Tadbir 
Majlis Pelajar Kedah Jordan 12/13

Logo Rasmi SPR MPKJ '13/14

Tuesday 12 February 2013

Pengumuman Buat Penerima Zakat

Segala puji Allah yang telah memudahkan urusan Majlis Pelajar Kedah Jordan pada sesi kali ini. Bermula pada sesi ini, Zakat Kedah bagi pelajar-pelajar Jordan telah dinaikkan daripada RM5000 menjadi RM6000. Tahniah juga diucapkan kepada 15 orang pemohon zakat Kedah daripada pelajar Amman yang telah menerima bantuan zakat Kedah pada bulan 1 baru-baru ini. Gunakanlah wang zakat tersebut dengan baik, cekap dan berhemah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah ini disamping ianya mampu memberikan satu suntikan semangat dalam menuntut ilmu.

Thursday 7 February 2013

Laporan Program Bersama Ustaz Zainul Asri


PROGRAM INTROSPEKSI MEMBURU REDHA ILAHI SEMPENA KEDATANGAN
AL-FADHIL USTAZ MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ. ROMLI


Telah bersabda Nabi Muhammad SAW: Ulama’ itu adalah pewaris para nabi,mereka tidak mewariskan (meninggalkan) dinar mahupun dirham,tetapi mereka hanya meninggalkan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut,maka dia adalah orang yang paling beruntung. (riwayat Tirmizi)

                Tanggal 30 Disember 2012 merupakan suatu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa Malaysia di bumi Jordan. Sungguh,kedatangan ulama’ ataupun insan yang dekat dirinya dengan Allah membawa rahmat dan berkat buat semua pihak. Tidak kira tua atau muda mahupun miskin atau kaya,semua pihak pasti mendapat manfaat daripadanya.

Laporan Majlis Ramah Mesra Yayasan Islam Negeri Kedah bersama Ahli MPKJ 2012/13

   
            Bak kata pepatah melayu, “tak kenal maka tak cinta, dan cinta tidak mengenal rupa dan usia”. Tanggal 24 November 2012, suatu sejarah telah tercipta, suatu pertemuan yang tinggi maknanya. Pihak Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan suatu program iaitu Majlis Ramah Mesra Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bersama ahli MPKJ bagi sesi 2012/2013 bertempat di Dewan Kuliah Perniagaan, Universiti Jordan, Amman.