Tuesday 16 October 2012

Ketika Aku Mengenali Jordan...

Allah Taala berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’minin itu pergi semuanya(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam  pengetahuan mereka tentang agama dan untuk member peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kepadanya,supaya mereka itu dapat berjaga-jaga “
[ Surah At-Taubah:122]

Alhamdulillah,tanggal 10 September 2011,diri ini berjaya menjejakkan kaki ke bumi Syam iaitu Jordan. Berbekalkan dalam jiwa ayat di atas dan juga doa dari guru-guru, keluarga dan sahabat-sahabat, diri ini sehingga sekarang sudah berjaya di tahun dua pengajian pengkhususan ‘ Fiqh Wa usuluh’, Universiti Yarmouk, Irbid. Terkenang pelbagai kenangan manis ketika pertama kali tiba di Jordan.

Saya Pelajar Jordan!

Pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Barakah Syam,Jordan,hati saya melonjak girang.Dikala itu,masih terngiang-ngiang di cuping telinga,suara ayahanda dan bonda tercinta,Abd Hamid Awang dan Fudzilah Ibrahim menyampaikan amanat serta azimat agar saya senantiasa memperbetulkan niat di hati.Tinggal di negara orang tak seperti di negara sendiri..Bak kata pepatah,’’Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Di Negeri Sendiri,Lebih baik di Negeri Sendiri’’.

          Sememangnya,terdapat banyak sebab untuk saya berada di Bumi Jordan ini.Sebelum saya melangkahkan kaki ke sini,pelbagai persoalan perihal Jordan menerjah minda.Justeru,saya mengambil keputusan untuk terus bertanya kepada beberapa orang senior yang telah berada di sini tentang keadaan,persekitaran,cuaca dan lain-lain lagi berkenaan negara Jordan.Ternyata,jawapan mereka telah menarik minat saya untuk menyambung pelajaran ke Jordan.

Saturday 13 October 2012

Kedatangan Delegasi Dari JHEAIK

LAPORAN KEDATANGAN ROMBONGAN DELEGASI DARI
 JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK)

Pada 4 September 2012 bersamaan hari Selasa, seramai 82 orang mahasiswa di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah selamat tiba di Queen Alia International Airport (QAIA) pada jam 5.15 pagi sambil diiringi oleh 3 orang pegawai daripada JHEAIK iaitu Dato’ Hj Noh bin Dahya selaku Pengarah JHEAIK, Tuan Syeikh Azhari bin Mohammad selaku Pegawai Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JHEAIK dan Encik Ismail bin Zakaria selaku Pegawai di Bahagian Pendidikan JHEAIK.

Ziarah Mahabbah Ke Amman

Tanggal 4 Oktober 2012, suatu program ringkas anjuran Ahli Lembaga Tadbir (ALT) MPKJ sesi 2012/2013 telah diadakan di mantiqah Amman iaitu program Ziarah Mahabbah antara wakil kepimpinan MPKJ dan para mahasiswa University of Jordan, Amman. Program ini diketuai oleh saudara Ahmad Idzuddin bin Zubit selaku Yang Di-Pertua MPKJ, dan turut disertai oleh beberapa orang ALT MPKJ yang lain iaitu saudara Ilham Hussainy bin Abdul Raup (Setiausaha Agung), saudara Abdul Mu’min bin Mohd Idrus (Exco Biro Kebajikan), saudara Muhammad Asyraf bin Abdul Razak (Perwakilan MPKJ di Amman) dan saudara Luqman Ul-Hakiim bin Faisal (Perwakilan MPKJ di Irbid). Antara tujuan program ini dianjurkan ialah untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi  Kedah di sana serta meninjau keadaan dan kehidupan mereka secara lebih dekat. Selain itu, antara tujuan penganjuran program ini juga adalah untuk membincangkan jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh mahasiswa Kedah di University of Jordan, Amman.

Sebahagian pelajar baru dari Universiti Jordan, Amman
Untuk mencapai objektif tersebut, suatu pertemuan antara para mahasiswa UJ dan wakil ALT