Allah Taala berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’minin itu pergi
semuanya(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di
antara mereka beberapa orang untuk memperdalam
pengetahuan mereka tentang agama dan untuk member peringatan kepada
kaumnya apabila mereka telah kepadanya,supaya mereka itu dapat berjaga-jaga “
[ Surah At-Taubah:122]
Alhamdulillah,tanggal 10 September 2011,diri ini berjaya menjejakkan
kaki ke bumi Syam iaitu Jordan. Berbekalkan dalam jiwa ayat di atas dan juga
doa dari guru-guru, keluarga dan sahabat-sahabat, diri ini sehingga sekarang
sudah berjaya di tahun dua pengajian pengkhususan ‘ Fiqh Wa usuluh’, Universiti
Yarmouk, Irbid. Terkenang pelbagai kenangan manis ketika pertama kali tiba di
Jordan.
Part 1
“ Anta mantiqah mana syeikh?” “Ana mantiqah Irbid.” Begitulah perbualan singkat antara diri
dengan seorang senior yang terlibat dalam program ‘Sambutan Pelajar Baru( SPB )
anjuran PERMAI. Tepat jam 6 pagi,kami seramai
15 orang pelajar(lelaki dan perempuan) di bawah seliaan JHEAIK berada
dalam bas Universiti Yarmouk untuk dibawa ke mantiqah Irbid,mantiqah yang akan
menjadi tempat pemukiman kami untuk menggalas amanah keluarga iaitu menuntut
ilmu ALLAH. Pertama kali melihat padang pasir yang terbentang luas di tepian
lebuhraya QAIA- Irbid membuatkan diri ini berasa lucu. Terdetik dalam hati
“Ceh,camnie ka Jordan? Hmm,x style langsung. “ Akibat terlampau bosan memerhati
kawasan sekeliling yang kosong,akhirnya ramai antara kami yang
tersengguk-sengguk tidur. Jam menunjukkan pukul 8 pagi,kami tiba di
Irbid.Pelbagai perasaan bercampur baur ketika ini.
PART 2
“ Jom,kita tukar duit n beli sim card” ujar seorang senior kepada
kami.” Lepas tu,jom kita pergi dinner,memandangkan antum semua student
baru,jadi ana belanja antum kali ini.” Pertama kali menikmati ‘nasi mandy’ di mat’aam
Mandy Al-Yamany memang menyeronokkan terutama kepada ‘sanfur’ macam kami. Salah
satu pesanan senior tu yang paling kami ingat ialah “nanti kalau antum jumpa
sesetengah orang arab,orang arab tu akan kata ‘nihao’ kat antum”. Rupa-rupanya selepas selesai
menjamu selera dan kami keluar dari restoran,ada dua orang pemuda Arab menjerit
‘nihao’ kepada kami. Memang
tindakan biadap pemuda Arab tadi menimbulkan kemarahan kami,Cuma terdetik dalam
hati yang kami nie merupakan perantau di negara orang,maka kami memilih untuk
berdiam diri. Rupa-rupanya,begitulah kehidupan kami di sini. Tiap-tiap hari
mesti akan ada orang Arab berbuat demikian kepada kami. Dalam hati” sabarlah
wahai diri,kamu seorang perantau. Adat orang perantau memang banyak
cabarannya”.
PART 3
“Woi,hampa tak lapar ka?” “ Perut aku dah berbunyi untuk minta
diisi nie”. Macam inilah perbualan yang sering berlangsung antara kami semua
ahli rumah. “Hang masak apa hari ni?? Depa kata hang masak sedap”. Ayat ni
merupakan ayat cliché bagi orang yang malas dan hanya suka mengharapkan orang
lain sahaja untuk melakukan tugas memasak dan sebagainya. Namun,apakah
daya,’rambut sama hitam,tapi hati lain-lain’.
Indahnya hidup di Jordan ini kerana kehidupan di Jordan lebih banyak
mengajar erti kehidupan sebenar dan erti ‘itsar’ dan erti ‘ukhwah’ itu sendiri.
Dalam keseronokan tinggal dan belajar di Jordan,mesti terdetik
dalam hati tentang Malaysia. Perkara paling sinonim dengan pelajar yang study
di oversea ialah menghitung hari untuk cuti dan pulang ke Malaysia. Sama
seperti kami yang menghitung hari sejak mula tiba. Walaupun menghitung hari
untuk pulang bercuti di Malaysia,tanggungjawab yang diberikan oleh keluarga
tetap tidak dilupakan iaitu untuk belajar menuntut ilmu ALLAH di bumi Syam ini.
Sememangnya belajar di luar negara lebih banyak mendidik untuk berdikari
,pandai mengurus masa dengan sebaiknya dan yang lain-lain. Moga-moga apa yang
kita belajar sepanjang di Jordan ini mampu untuk mengubah diri,masyarakat dan
negara.
“TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG
LAHAD”
No comments:
Post a Comment