Sunday 19 August 2012

Rehlah Tautan Mawaddah (Mu'tah)



MU'TAH, 07 APRIL 2012 - Alhamdulillah, Biro Kebajikan MPKJ Mu'tah sesi 2011/12 telah berjaya menganjurkan satu lagi program iaitu Rehlan Tautan Mawaddah pada 30 Mac lalu yang bertempat di Laut Mati. Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dengan dihadiri lebih kurang 44 orang peserta terdiri daripada 15 syabab dan 49 akhawat.


Melihat hubungan antara semua ahli Rasmi dan Bersekutu MPKJ bagi mantiqah Mu’tah yang semakin renggang dan ada sesetengah ahli yang masih tidak mengenali sesama ahli lain terutamanya ahli Bersekutu kerana terbatas oleh beberapa faktor.Oleh itu, Rehlah Tautan Mawaddah dirangka bagi menawarkan peluang yang berharga kepada semua ahli rasmi dan bersekutu MPKJ bagi mantiqah Mu’tah 2011/2012 untuk saling mengenali.  Rehlah kali ini mengutamakan objektif untuk mengukuhkan ukhuwah dan menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab antara semua.  Selain itu, rehlah ini juga menjadi  wadah untuk memupuk sikap kerjasama antara semua  Ahli Jawatankuasa. Dalam intipatinya, program ini cuba mengeratkan hubungan dan mensifarkan jurang antara semua ahli bertepatan dengan temanya ‘Ukhuwah Dipupuk Kasih Disemai’.
Tepat jam 10.00 pagi 2 buah bas bertolak ke Laut Mati dengan iringan doa. Dipertengahan perjalanan ahli rombongan berhenti di tempat bersejarah berdekatan dengan Laut Mati dan sesi bergambar antara semua ahli rombongan. Ahli rombongan tiba di Laut Mati setelah 2 jam perjalanan. Antara aktiviti yang dilakukan di sana ialah futsal dan sepak takraw bagi syabab dan ialah taaruf sesama peserta dan sukaneka bagi akhawat. Aktiviti barbeque dilakukan oleh unit Persegaran dan dibantu oleh beberapa orang syabab.
Selepas Solat jama’ Maghrib dan Isya’ berjemaah (akhawat dan syabab)dan tazkirah Maghrib disampaikan oleh Saudara Anas bin Mokhtar. Seusai itu, ucapan disampaikan oleh Pengarah Program, Saudara Amir Mohd Akram bin Mohammad Tajari seterusnya ucapan dan perasmian oleh Biro Kebajikan, Saudara Ehsan bin Sebri. Penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka, Anugerah Khas untuk syabab dan akhawat dan penyampaian cenderahati khas. Program tamat lebih kurang pada jam 9.30 malam selepas makan malam. Pukul 11.30 malam ahli rombongan selamat tiba di perkarangan Mu’tah. Semoga rehlah ini dapat memperkasakan ukhuwah sesama peserta dan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Pihak program merakamkan sekalung apresiasi dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dengan partisipasi mereka semua. Sekalung penghargaan dan syabas dirakamkan juga kepada para AJK yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk  melaksanakan program ini walaupun masih didalam fatrah peperiksaan pertama. Tanpa kalian tidak bermakna program ini.
Disediakan oleh,
Fudzla binti Adenan
Setiausaha,
Rehlah Tautan Mawaddah MPKJ Mu'tah

No comments:

Post a Comment