Sunday 19 August 2012

Hari keluarga MPKJ 17 & Haflah Khirij 2011


13 Mei 2011 yang lalu Biro Penerangan dan Penerbitan Majlis Pelajar Kedah Jordan telah menganjurkan satu program iaitu Sambutan Hari Keluarga MPKJ 17 dan Haflah Khirij 2011 bertempat di Laut Mati. Prgoram ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. ‘Sekilas Ukhwah Menjana Wahdah’ menjadi tema pilihan kali ini. Objektif yang ingin diterapkan melalui program sambutan hari keluarga MPKJ 17 dan Haflah Khirij 2011 ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama antara ahli MPKJ selain merapatkan ukhuwah sesama ahli. Program ini juga diadakan bertujuan membina motivasi diri dalam kalangan ahli di samping dapat mengenali tempat-tempat menarik di Jordan. Program ini dibuka untuk semua ahli rasmi,kehormat dan bersekutu MPKJ.



Majlis bermula dengan satu taklimat ringkas untuk peserta yang disampaikan oleh Muhamad Fuad Abdul Rahim, Biro Penyelaras Program. Majlis tersebut diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk setiap peserta. Aktiviti yang dijalankan dalam slot pertama adalah slot ukhwah dimana setiap peserta berta’aruf sesama ahli kumpulan yang terdiri dari mantiqah yang berbeza. Antara implikasi dari proses ta’aruf adalah para peserta lebih selesa dan mesra sesama ahli kumpulan. Selain itu, sifat bekerjasama antara ahli dapat diaplikasikan dengan lebih mudah dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut dilakukan berasingan antara syabab dan akhawat. Alhamdulillah, keseluruhan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua ahli.

Program ini diserikan lagi dengan acara debat tentang isu murakib dimana acara ini dilakukan bersama-sama iaitu antara pihak syabab dan akhawat. Acara ini mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan peserta. Para peserta juga berjaya memberi komitmen sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Pihak MPKJ mengharapkan silatul rahim yang terbina berkekalan hingga ke akhirnya. Di samping itu, pihak MPKJ juga berharap program seperti ini dapat menyuntik semangat kerjasama dalam kalangan ahli MPKJ.


No comments:

Post a Comment