Sunday 19 August 2012

Majlis Liqo' Taaruf Mantiqah

Majlis yang diadakan untuk aktiviti kenal mengenali antara satu sama lain melibatkan junior dan senior di setiap mantiqah. Majlis Liqo' Taaruf Mantiqah ini diadakan pada hari dan waktu yang sama tetapi di lakukan di tempat yang berlainan mengikut kawasan masing-masing.


IRBID


Pada 4 November 2011 (Jumaat) yang lalu, Majlis Pelajar Kedah Jordan di bawah kelolaan Biro Kebajikan dan Petempatan telah mengadakan program ramah mesra bersama ahli majlis tertinggi pimpinan. Program tersebut bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang bertempat di rumah Umm Rauman.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli MPKJ khususnya pelajar tahun 1 untuk mengemukan sebarang persoalan mengenai persatuan, pengurusan zakat, pengurusan kebajikan ahli dan sebagainya. Selain itu, program tersebut juga bertujuan untuk mendekatkan ahli dengan pimpinan selain mengeratkan ukhuwah sesama anak negeri di Jordan.
Turut sama hadir pada petang itu ialah saudari Nur Amalina Abdul Rahim (Timbalan Yang di-Pertua), saudari Siti Fatimah binti Khalil (Timbalan Bendahari), dan saudari Hani Aiman Mohd Nashir (Timbalan Biro Perhubungan dan Penerangan). Program tersebut telah diketuai oleh saudari Nur Faeiqa binti Sabtia Radhzi selaku timbalan biro Kebajikan dan Petempatan dan dimulai dengan ucapan oleh saudari Nur Amalina. Majlis seterusnya membuka ruang kepada ahli yang hadir untuk mengajukan segala persoalan yang berkaitan di samping menikmati jamuan ringan yang disediakan.
Majlis ditangguh dengan kafaratul majlis dan surah Al-Asr beserta solat maghrib berjemaah. Ahli Majlis Tertinggi ( AMT ) dan Ahli Majlis Eksekutif ( AME ) MPKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.
MU’TAH (SYABAB)
Mu'tah, 7 oktober 2011 : Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang dua mata bersama ahli di samping mendekati ahli persatuan itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ), yang diketuai oleh Saudara Ehsan Bin Sebri telah mengadakan majlis liqo’ taaruf bersama 30 ahli syabab Kedah yang lain.
Majlis liqo’ taaruf tersebut telah diadakan di rumah Bayt Islah. Turut hadir sama pada malam tersebut ialah saudara Nabil Bin Nasir, Ketua Biro Ekonomi MPKJ bersama perwakilan bagi mantiqah Mu’tah. Antara acara yang dijalankan pada malam tersebut ialah tazkirah ringkas, sesi taaruf bersama adik- beradik MPKJ, seterusnya ucapan dari wakil MPKJ sendiri, Saudara Ehsan Bin Sebri selaku Ketua Biro Kebajikan MPKJ sesi 2011/ 2012.
Antara objektif utama liqo’ taaruf ini diadakan adalah bagi membuka ruang kepada ahli MPKJ sendiri, terutamanya kepada ahli baru yang mempunyai sebarang persoalan tentang persatuan mahupun hal- hal lain. Di samping itu, liqo’ ini bertujuan bagi  memberi pendedahan mengenai maklumat zakat, serta pinjaman  secara lebih terperinci.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam dan ramah mesra bersama ahli- ahli MPKJ yang lain. Majlis  kemudiannya ditangguh dengan kafaratul majlis dan surah al- asr. Ahli Majlis Tertinggi ( AMT ) dan Ahli Majlis Eksekutif ( AME ) MPKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.
MU’TAH (AKHAWAT)

Mu'tah, 8 November 2011 - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Eksekutif (AME) Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) sesi 2011/12 telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama adik-beradik MPKJ pada 8 November 2011 baru-baru ini. Program ini bertempat di Bayt Aleesya, Mu'tah yang melibatkan ahli MPKJ junior dan senior. Turut hadir sama pada hari tersebut saudari Nur Safarah binti Abd Rahim sebagai Setiausaha Agung MPKJ dan memeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 37 ahli yang terdiri daripada ahli lama dan baru. Majlis Ramah Mesra tersebut berlangsung  pada jam 2.30 petang pada hari Selasa yang dikelolakan oleh saudari Fatimah binti Khalil selaku Bendahari MPKJ.

Antara objektif majlis ramah mesra kali ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim dan mengenali antara satu sama lain melalui latar belakang  dan tahun pengajian yang berbeza melalui ahli lama dan baru MPKJ. Program ini  juga dilaksanakan bagi merungkaikan sebarang permasalahan keluarga MPKJ dari segi aspek akademik, kewangan mahupun hal- hal lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan diteruskan dengan sesi taaruf bagi semua yang hadir.Seterusnya ahli-ahli MPKJ disajikan dengan taujihat dan sedikit motivasi ringkas dari pelajar senior yang terdiri daripada Penasihat Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan (PERMATA ) Saudari Siti Fatimah Bt Rafik dan mantan Bendahari Kehormat MPKJ sesi 2009/2010 saudari Nur Fatin Najihah Bt Mohd Khoirrussifa Al Muaddibu.
Kemudian majlis diteruskan dengan membuka ruang sesi soal jawab kepada ahli tentang sebarang permasalahan dari segi zakat dan Pinjaman Yayasan Islam Negeri Kedah.Persoalan-persoalan yang dilontarkan dijawab baik oleh kepimpinan MPKJ dan ahli-ahli tampak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
Alhamdulillah syukur, secara keseluruhannya majlis ramah mesra kali ini berjaya mencapai objektif dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ahli. Majlis berakhir  pada jam 4 petang dan sebelum bersurai pihak majlis telah mengadakan sedikit jamuan ringan kepada semua ahli. Kami dari barisan kepimpinan MPKJ sesi 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas komitmen yang diberikan oleh adik- beradik MPKJ semua.
“TRANSFORMASI MAHASISWA KE ARAH KECEMERLANGAN BERSAMA”

No comments:

Post a Comment