Pada tarikh 15 April yang lalu bersamaan hari Jumaat Majlis Pelajar Kedah Jordan Telah menganjurkan Program Colloquium Astronomy Falak (COSMIK) dengan koloborasi bersama Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia Al-Bayt (PRISMA), Ikatan Mahasiswa Anak Perlis (IMAPS), Persatuan Falak Jordan dan Al Al-Bayt School Of Astronomy, program ini telah diselia dan dikelola oleh Biro Akademik MPKJ bertempat di Auditorium Abu Ubaidah, Universiti Al Al-Bayt, Mafraq, Jordan.
Program ini merupakan julung kali diadakan seumpamanya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan, MPKJ mengambil inisiatif sebagai peneraju dan pemula yang cuba utk meletakkan program berbentuk kajian Astronomi dan Falak dengan bertemakan “Ketamadunan Ilmu Falak Teras Modenisasi Islam”, COSMIK mengenengahkan tenaga berpengalaman dari produk tempatan dan juga tenaga pakar dari pihak luar dengan membawa secara rasmi Panelis dan Speaker dari Persatuan Falak Jordan serta Fakulti Astronomy dan Aerospace Universiti Al-alBayt. COSMIK juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Pelajar di Jordan dan mencecah 250 orang peserta dan majoriti adalah dari kalangan ahli MPKJ sendiri, setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak 3jd bagi bukan Ahli MPKJ dan 1.5 dinar bagi ahli MPKJ
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden MPPMJ Ustaz Afiq bin Saleh, serta Ucapan Penghargaan Ringkas oleh Dekan Fakulti Astronomi dan Aerospace Universiti Al-alBayt Dr.Hanna dan seterusnya dirasmikan Oleh Ustaz Sulaiman bin Ismail, Pengarah Education Malaysia Jordan. Entiti utama dalam pembawakan COSMIK pada kali ini adalah dengan membentangkan 4 kertas kerja Utama dari sudut teori
1. Akses Teori, Kepentingan Ilmu Falak dan Astronomi – Ustaz Sulaiman
2. Tour Of The Universe – Dr.Hanna
3. Mekanisme Teknologi dan Transformasi dalam penentuan Taqwim Hijri – Sis.Azma bt Mat Ui
4. ASTROPHOTOGRAPHY – Bro Ihsan Fadhli
Manakala dari Sudut Praktikal peserta program didedahkan dengan beberapa modul antaranya
1. Praktikal Teleskop, Kaedah penggunaan dan jenis-jenisnya
2. Pencerapan Bulan dan Planet melalui Balai Cerap
3. Teknik Astrophotography dan kaedahnya
Kesemua modul dan kertas kerja yang dibentangkan adalah dari sudut asas pengenalan ilmu falak yang dicadangkan oleh Ustaz Sulaiman dan Dr.Hanna hasil perbincangan bersama Pengarah Cosmik. Secara ringkasnya Program ini dilakukan secara serentak kepada seluruh.
Secara totalnya program berjalan menuruti seperti yang telah dirancangkan pihak pelaksana walaupaun berhadapan dengan kepadatan waktu namun kerjasama yang memberansangkan dari seluruh peserta program Berjaya diselia dengan baik, bagaimanapun terdapat sedikit perselisihan waktu pada pembentangan kertas kerja Penentuan Taqwim Hijri dan menyebabkan modul pembentengan tidak dapat disempurnakan sebaiknya, pihak pelaksana secara terbuka mengakui kekurangan yang telah berlaku di pihak pelaksana dan cuba mencari pelan inisiatif lain bagi memastikan program tetap berjalan dengan baik. Kesudahannya program telah Berjaya diselesaikan dengan baik dengan majlis penutup yang didahului dengan ucapan pengarah program saudara Muhammad Khairy bin Awang Jaafar (Ketua Biro Akademik MPKJ 2010/2011). Majlis tamat pada jam 9.00 malam dan berakhir dengan majlis perpisahan. Pihak penganjur mengharapkan program seumpama ini akan diteruskan khususnya bagi MPKJ memandangakan ia mendapat terlalu banyak respon positif, galakan, cadangan, saranan dan sambutan dari pelajar Jordan. Selain itu program seumpama ini juga dapat mengimbangi dan melapangkan horizon yang lebih luas dalam pemikiran Mahasiswa Jordan dan Ahli MPKJ khususnya. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang dirasai peserta dan mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada seluruh peserta dan AJK di atas sumbangan secara langung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment