Sunday 19 August 2012

Majlis Ramah Mesra dan Pengenalan MPKJ sesi 2011/12


Irbid, 2 Disember 2011 : Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang dua mata bersama ahli di samping mendekati ahli persatuan itu sendiri. Sehubungan dengan itu, proragm rasmi yang telah diadakan bara-baru ini iaitu program Ramah Mesra dan Pengenalan MPKJ 20111/2012 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Syafiq Syahmi Bin Md Yusuf telah dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis ramah mesra tersebut telah diadakan di Dewan Mu’tamarat Universiti Yarmouk Irbid Jordan. Turut hadir sama pada hari tersebut ialah Ustaz Saifuddin bin Husin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ. Antara acara yang dijalankan pada hari tersebut ialah tazkirah ringkas, sesi taaruf bersama adik- beradik MPKJ, aktiviti permainan indoor, seterusnya ucapan dari Saudara Muhammad Syafiq Syahmi bin Md Yusof selaku Pengarah Program Majlis Ramah Mesra Dan Pengenalan MPKJ 2011.

Antara objektif utama program ini diadakan bagi membuka ruang kepada ahli MPKJ sendiri, terutamanya kepada ahli baru yang mempunyai sebarang persoalan tentang persatuan mahupun hal-hal lain. Di samping itu, program ini bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai maklumat zakat, serta pinjama secara lebih terperinci. Tambahan lagi, bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan ahli MPKJ.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi semua ahli dan ramah mesra ahli-ahli MPKJ yang lain. Majlis kemudiannya ditangguhkan dengan kafaratul majlis dan surah al-asr. Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Eksekutif (AME) MPKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.

No comments:

Post a Comment