Berikut merupakan waktu dan tempat mengundi bagi setiap mantiqah :
PERINGATAN!
PERATURAN MENGUNDI
- Pihak SPR telah menetapkan SATU sahaja tempat mengundi bagi setiap mantiqah atas beberapa faktor. iaitu campur syabab & akhawat.
- Diharapkan supaya para pengundi hadir beramai-ramai, secara berkumpulan dan amat digalakkan supaya para akhawat hadir pada waktu sebelum malam.
- Sila bawa hawiyah untuk pengesahan/pendaftaran diri
PERATURAN MENGUNDI
1)
Pengundi tidak dibenarkan
sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.
2)
Pengundi hendaklah membawa
bersama pengenalan sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan (Iqamah) ATAU Kad Matrik
Universiti (Hawiyah) masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter SPR MPKJ
2013/2014 untuk mengundi.
3)
Pengundi hendaklah
memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama
Pengundi yang dikeluarkan oleh SPR MPKJ 2013/2014.
4)
Pengundi hendaklah
memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR MPKJ
2013/2014.
5)
Pengundi dilarang sama
sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung sama ada di
luar atau di dalam bilik mengundi.
6)
Undian adalah sulit.
7)
Setiap undian mestilah
mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang
pengundian.
8)
Keputusan pilihanraya akan
diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung MPKJ 2012/2013 oleh pengarah atau
mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan
tujuan tersebut.
9)
Mana-mana pengundi yang
melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang
ditetapkan oleh SPR MPKJ 2013/2014 boleh dihalang daripada melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.
10)
Keputusan pihak SPR MPKJ
2013/2014 adalah MUKTAMAD.
AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA
1)
Melanggar peraturan
penamaan calon dan mengundi yang ditetapkan oleh pihak SPR.
2)
Menggunakan kata-kata kesat
dalam proses pilihanraya.
3)
Berperilakuan dengan tujuan
menyakitkan hati pihak lain.
4)
Menghalang petugas SPR
melaksanakan tugas.
5)
Lain-lain perkara yang
difikirkan munasabah oleh pihak SPR.
No comments:
Post a Comment