Wednesday 28 November 2012

Laporan Majlis Ramah Mesra & Sambutan Aidiladha MPKJ 2012/13

Mu’tah, 09 November 2012
Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang duamata bersama ahli-ahli MPKJ seluruh Jordan untuk menguatkan uhkwah sesama ahli, disamping menyambut Hari Raya Aidil Adha.Sehubungan dengan itu, Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ) Saudara Abdullah Anuwar Bin Mahd Hazir telah dilantik sebagai pengarah program untuk menguruskan Program Sambutan Aidil Adha dan Majlis Ramah Mesra MPKJ Sesi 2012/ 2013.

Program tersebut telah diadakan di Dewan MasrahUniversiti Mu’tah, Karak Jordan. Turut hadir bersama pada hari tersebut ialah Profesor Madya Dr. Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah Education Malaysian Jordan (EMJ). Program bermula dengan majlis perasmian diteruskan dengan pengenalan MPKJ bersama semua Ahli Lembaga Tadbir ( ALT MPKJ ) yang seragam berpakaian baju korporat hijau muda di sebelah AJK syabab dan abstrak hijau di sebelah AJK akhawat. Kemudian program diteruskan dengan sesi taaruf bersama adik- beradik MPKJ, tazkirah, aktiviti dan permainan, seterusnya jamuan makan Hari Raya Aidil Adha .
Antara objektif utama program ini diadakan adalah bagi membuka ruang kepada ahli MPKJ sendiri terutamanya kepada ahli baru yang mempunyai sebarang persoalan tentang persatuan mahupun hal- hal lain. Di samping itu, program ini bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai maklumat zakat serta pinjaman secara lebih terperinci. Tambahan lagi, bagi merapatkan ukhuwah di kalangan ahli MPKJ .Selain itu, tabung kebajikan untuk anak-anak kedah juga dilancarkan oleh Biro Kebajikan MPKJ dan dirasmikan Yang Dipertua Majlis Pelajar Kedah Jordan Ahmad Idzuddin Bin Zubit.
Majlis diakhiri dengan kafaratul majlis dan surah al- asr. Ahli Majlis Tertinggi ( AMT ) dan Ahli Majlis Eksekutif ( AME ) MPKJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
*gambar sepanjang program masih dalam proses

No comments:

Post a Comment