Thursday, 3 October 2013

PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR KE JORDAN








Pada 28 hingga 30 OGOS yang lalu, pihak Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah(JHEAIK) dengan kerjasama Majlis Pelajar Kedah Jordan(MPKJ) telah menganjurkan satu program persediaan untuk mahasiswa-mahasiswa baru seliaan JHEAIK ke Jordan sesi 2013/2014.
Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai sosio-budaya masyarakat Arab Jordan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta mengenai Bahasa Arab Ammi masyarakat Jordan. Di samping itu, para peserta juga turut mendapat makluman awal mengenai kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia di seluruh Jordan.
Seramai 33 orang mahasiswa-mahasiswa baru telah menyertai program ini. Program ini juga turut melibatkan sebahagian Ahli Lembaga Tadbir MPKJ sesi 2013/2014 yang pulang bercuti ke Malaysia sebagai tenaga penggerak program.
Pelbagai slot pengisian telah disusun oleh pihak penganjur dengan bertujuan untuk memberi manfaat kepada para peserta sebagai persediaan untuk menghadapi alam mahasiswa. Tambahan pula, alam mahasiswa para peserta program ini ialah sebagai mahasiswa luar negara. Berikut adalah perincian pengisian program :

1)      Sesi Taaruf bersama wakil Ahli Lembaga Tadbir MPKJ
2)      Taklimat Hierarki Organisasi Persatuan-Persatuan di Jordan, Sistem Pembelajaran dan Peperiksaan di Universiti-Universiti Jordan oleh Yang Di-Pertua MPKJ, saudara Ilham Hussainy Abdul Raup
3)      Bahasa Arab Ammi(Teori) oleh saudara Luqman Ul-Hakiim Faisal dan Saudara Muhammad Azim Fadzil.
4)      Bahasa Arab Ammi(Praktikal) diselia oleh semua tenaga penggerak program
5)      Forum “ Sosio-budaya Masyarakat Jordan dan Realiti Kehidupan di Perantauan “ :

Moderator : Saudara Anas Hj. Mokhtar (TYDP MPKJ)
Panel 1       : Saudara Ilham Hussainy Abdul Raup (YDP MPKJ)
Panel 2       : Saudara Muhammad Ehsan Sebri(Presiden PERMATA)
Panel 3       : Saudari Fathi Insyirah Sabri( Graduan Universiti Mu’tah)

6)      Taklimat Persediaan, Kebajikan dan Keperluan oleh saudara Muhammad Azim Fadzil( EXCO PERMATA/Penasihat MPKJ)
7)      Majlis Penutup

Program telah berakhir pada pukul 12 tengahari hari Jumaat 30 Ogos dengan sesi bergambar beramai-ramai. Para peserta juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan pimpinan MPKJ yang hadir selain bertanyakan mengenai pengalaman sebagai penuntut ilmu di Bumi Syam. Sebelum bersurai, para peserta dihidangkan dengan sedikit juadah untuk santapan tengah hari.

                Moga-moga program seperti ini dijadikan program tahunan pihak JHEAIK dan MPKJ kerana program seperti ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengenalan dan pencerahan tentang kehidupan sebagai mahasiswa luar negara amnya dan sebagai mahasiswa Jordan khususnya.


No comments:

Post a Comment