Monday, 7 October 2013

KUNJUNGAN DELEGASI KEDAH KE JORDAN


12 / 9 / 2013 - Khamis
7.00 pagi - Cikgu Ismail dan Ustaz Nasrul bersama  dengan  rombongan pelajar selamat tiba di Queen Alia Airport jam 6 pagi waktu Jordan. Saudara Muhammad Akram Afifi B Haji Mohd Salleh, merangkap Bendahari Agung merangkap Pemangku Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) pada ketika itu ditugaskan untuk mengiringi Delegasi Kedah sepanjang keberadaan mereka di Jordan.  Sebelum kami bersurai ke universiti masing-masing, pelajar baru ini diberi taklimat tarakhir oleh Cikgu Ismail, Pegawai di Jabatan Agama Islam Kedah.



Cikgu Ismail beserta Ustaz Nasrul memulakan perjalanan dengan menziarahi ke Mantiqah Mu’tah. Sebuah kawasan bersejarah iaitu tempat berlakunya peperangan Mu’tah. Mantiqah Mu’tah merupakan penempatan pelajar Kedah yang paling ramai pada sesi 2013/2014.

Sementara menanti majlis pertemuan antara pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Mu’tah, kami sempat menziarahi maqam tiga sahabat, Abdullah Bin Rawahah, Zaid Bin Harithah dan Jaafar Toyyar yang berhampiran dengan kawasan Mu’tah iaitu di Masjid Ja’far, Mazar. 

Pada malamnya kami bersama-sama pelajar Kedah di PUSkMA (rumah persatuan). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi  majlis oleh Saudara Iqbal Nawawi, kemudian diikuti ucapan oleh Naib Yang Di-Pertua MPKJ, Saudari Awatif Fasihah. Acara kemuncak pada malam itu adalah ucapan Cikgu Ismail dan soal-jawab anak-anak Kedah bersama delagasi.



13 / 9 /2013
Sebelum kami bertolak ke Aqobah, kami sempat menziarahi Kubu milik Sultan Solahuddin Al-Ayyubi di  Karak, Jordan. Kemudian kami terus bertolak ke Aqobah. Di sana delegasi diperkenalkan tentang budaya  hidup masyarakat Jordan dan membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

14 / 9 / 2013
Destinasi seterusnya adalah Mafraq. Kami dimaklumkan bahawa Mafraq adalah tempat yang paling banyak penempatan yang menempatkan pelarian Syria. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh perwakilan dan pimpinan Kedah.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, diikuti dengan kata aluan dari Saudara Akram Afifi merangkap Bendahari Agung MPKJ. Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan ucapan dari Cikgu Ismail.



Tanpa melengahkan masa, kami gerak ke Irbid bagi menziarahi anak-anak Kedah di sana. Kami tiba di sana disambut oleh alunan azan, menandakan waktu Magrib sudah masuk.  Kami bersiap-siap untuk ke Majlis Ramah Mesra Delegasi bersama anak-anak Kedah.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis oleh Saudara Najmi Rohaizat disusuli ucapan wakil pimpinan oleh Setiausaha Agung MPKJ, Saudara Luqman ul-Hakim. Acara kemuncak, soal-jawab delegasi tampak meriah bersama anak negeri di sana dengan ajukan soalan.



15 / 9 / 2013
Sebelum kami berangkan ke Amman, kami sempat mengunjungi Balad Irbid sekitar waktu pagi. Usai solat di Irbid, kami terus bertolak ke Amman bagi mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Malaysia.
Jam tepat menunjukkan 11.00 p.m. Sebelum Cikgu Ismail berangkat pulang, kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan di Jordan.

 Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InshaAllah kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment