11 SEPTEMBER
2013- Seramai 30 orang pelajar baru yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan
pada sesi 2013/2014 dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK)
terdiri daripada 17 orang lelaki dan 13 orang perempuan.
Dikesempatan itu, satu pertemuan
diadakan sebelum keberangkatan mereka bersama wakil dari Sultan Kedah di Wisma
Negeri Kedah. Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mencemar duli pada pertemuan
tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada semua anak-anak Kedah yang bakal
ke sini. Dan Alhamdulillah, sedikit sumbangan turut diserahkan kepada MPKJ sebagai
bantuan permulaan untuk pengurusan persatuan dan kebajikan ahli di sini kelak.
Setelah itu, para pelajar bertolak ke
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan menaiki bas yang telah
disediakan oleh pihak JHEIAK dari laman Wisma Negeri Kedah.
Butiran penerbangan :
Penerbangan : Royal
Jordanian (RJ)
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Tarikh Bertolak : 11 September 2013 (Rabu)-
Masa Bertolak :
10.10 malam (Malaysia)
Queen Alia International Airport (QAIA)
Tarikh Ketibaan : 12
September 2013 (Khamis)
Masa Ketibaan : 5.15 pagi (Jordan)
Alhamdulillah mereka tiba dengan selamatnya sambil diiringi
oleh dua org pegawai JHEAIK dan disambut oleh wakil dari Majlis Pelajar Kedah
Jordan (MPKJ) yang diketuai oleh Naib Timbalan Yang-Dipertua, Saudari Nurul
Awatif Fasihah.
::OUR FAMILY, OUR UNITY::
No comments:
Post a Comment