Monday 7 October 2013

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH YAB DATO’MUKHRIZ MAHATHIR, MENTERI BESAR KEDAH


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan Ahli Lembaga Tadbir


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar perempuan


YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar lelaki


Pada 9 September  2013 yang lalu, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan suatu program iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan kepada anak-anak Kedah yag bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan. Program ini bertempat di Dewan Makan Sri Mentaloon, Anak Bukit turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB DATO’ PADUKA HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR dan dhif-dhif kehormat dari kerajaan negeri Kedah.

Dalam teks ucapan YAB Menteri Besar, beliau menyeru agar semua pelajar mengambil kesempatan yang ada untuk mendalami ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama Islam. Beliau juga menyentuh hal-hal semasa iaitu isu Syiah yang makin menular di Malaysia dan pergolakan di Mesir pada ketika itu. Kata beliau, keselamatan anak-anak Kedah di negara luar amat dititikberatkan.

Alhamdulillah, selain sumbangan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan, pihak kerajaan negeri turut menyerahkan sumbangan kpd MPKJ sebagai bantuan permulaan kepada pihak persatuan. Buat makluman semua,pihak MPKJ juga mengundang kerajaan negeri untuk ke Jordan, respon yang diterima sangat baik kerana Menteri Besar sangat berbesar hati untuk menziarahi anak-anak Kedah di sini. Dijangkakan kunjungan ini akan berlangsung pada Disember  2013 nanti, walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.

Pada akhir pertemuan, Menteri Besar ada menyampaikan salam kepada semua anak-anak Kedah di Jordan dengan lafaz Assalamualaikum W.B.T.









No comments:

Post a Comment