Saturday, 29 September 2012

Kenyataan Rasmi YDP MPKJ Berhubung Isu Penetapan 'Yuran Duwali' Kepada Pelajar Malaysia Di Universiti of Jordan, Amman.

Assalamualaikum.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, 
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MPKJ yang melahirkan rasa prihatin dan simpati dalam isu yuran jamiah di Universiti of Jordan, Amman.
Untuk pengetahuan semua ahli MPKJ, wakil Kepimpinan MPKJ Sesi ini ada merujuk Pimpinan MPMMJ, PPMA dan anak-anak Kedah di Amman berkaitan isu ini. Makluman yang kami dapat dari mereka ialah berkaitan respon balas dari pihak Universiti Of Jordan yang mengatakan bahawa pelajar baru yang memohon belajar di universiti ini perlu menjelaskan yuran universiti yang berstatus 'Yuran Duwali', terkecuali 20 orang sahaja mengikut kuota yang diluluskan untuk pembayaran yuran berstatus 'Yuran 'Adi'. Kalau ikut pada awalnya mereka hanya perlu menjelaskan yuran dalam bentuk 'Yuran Mawazi',tetapi kali ini jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya iaitu dalam bentuk 'Yuran Duwali'. Anak Kedah di Amman adalah seramai 16 orang. Daripada bilangan ini hanya seramai 3 orang sahaja yang mendapat tempat untuk pembayaran Yuran 'Adi. Saya mendapat tahu ada sebilangan dari kita yang tertanya-tanya apakah tindakan MPKJ dalam isu ini. Dengan ini, saya akan memaklumkan kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut.

Thursday, 20 September 2012

Sumbangan Buat MPKJ


Pihak MPKJ mengalu-alukan kepada anda semua yang sudi menghulurkan sumbangan atau bantuan bagi membantu perjalanan gerak kerja MPKJ. Sumbangan boleh di buat melalui akaun khas MPKJ dan perlulah berhubung dengan wakil MPKJ di Jordan terlebih dahulu. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat insan yang tampil berbuat demikian. Moga Allah merahmati anda.

Maklumat Akaun MPKJ : klik sini

Monday, 17 September 2012

Permohonan Zakat Sesi 2012/13

Makluman buat semua ahli MPKJ. Jabatan Zakat Negeri Kedah telah membuka permohonan bantuan zakat sesi 2012/13. Permohonan ini dibuka kepada seluruh mahasiswa luar negara yang layak menerima zakat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk link yang tertera di bawah atau terus berhubung dengan YDP MPKJ, saudara Ahmad Idzuddin bin Zubit di talian +962 779812420. Sekian, wallahua'alam.

Sila klik link di bawah.

Wednesday, 12 September 2012

Selamat Kembali

Selamat datang mahasiswa baru ke Jordan. Tidak dilupakan juga diucapkan selamat kembali ke universiti kepada pelajar-pelajar lama yang talah bercuti. Selamat menjalani semester pertama sesi 2012/13. Lentur kembali semangat untuk berjuang belajar demi diri sendiri, masa depan, keluarga dan masyarakat. Semoga dapat meningkatkan prestasi dalam akademik. Selamat maju jaya buat semua!

Tuesday, 11 September 2012

Pesanan Dari Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Akhlak dan Adab

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".
Riwayat Muslim
Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

Monday, 10 September 2012

Ikhlas di Sepanjang Perjalanan


Apa juga amal, baik yang kecil mahupun besar, niat yang ikhlas tak pernah terpisah daripada syarat diterima amal tersebut oleh Allah. Demikian Rasulullah SAW menekankan persoalan ini dalam hadis, "Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya, dan bagi setiap amal apa yang ia niatkan...", supaya umat Islam sentiasa segar dalam niat Ubudiyyah kepada Allah.Hanya kerana Allah dan untuk Allah semata-mata.
 Banyak dalil yang boleh kita cari untuk bercerita tentang niat. Kita bukan berhadapan dengan kekurangan dalil, namun kurang penghayatan.
Amal yang kelihatan seperti ibadah boleh bertukar menjadi tidak bernilai dengan niat yang tersasar. Sedangkan amal yang kelihatan kecil dan kurang signifikan di mata manusia, boleh menjadi sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah dengan niat yang tulus. Solat yang didasari riyak adalah dicela, sedangkan salam dan senyum yang ikhlas untuk menghubungkan silaturrahim kerana Allah itu besar nilainya.

Kalam Pimpinan Sempena Ramadhan 2012

Kalam daripada Pimpinan MPKJ sesi 2012/13 sempena bulan mulia Ramadhan Al-mubarak. Moga-moga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Hayati kalam mereka. Ambillah pengajaran darinya.