Sunday, 11 September 2016

SALAM AIDILADHA 1437H/2016




SALAM AIDILADHA 1437H


Aidiladha membawa satu erti pengorbanan. Nabi Ibrahim yang menginginkan seorang anak saat usia diri dan isteri yang sudah lanjut,dimakbulkan doa oleh Allah lalu dikurniakan anak,Nabi Ismail semestinya menjadi satu permata yang indah buat ibu bapanya. Namun,Nabi Ibrahim mendapat perintah daripada Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail merupakan satu pengorbanan agung demi melakukan ketaatan kepada Allah. Simbol cinta tertinggi yakni cinta kepada Allah menjadi keutamaan dalam keluarga Nabi Ibrahim melebihi kasihnya seorang bapa kepada anak. Ketaatan melakukan perintah Allah dan bukti cinta seorang bapa diabadikan dalam ibadah korban.

Nabi Ibrahim 'mengorbankan' cinta dengan menyembelih anaknya demi menurut perintah Allah. Jemaah haji di Tanah Suci berkorban diri mereka mengharungi kepayahan dan kesukaran di sana demi melaksanakan rukun Islam yang kelima. Maka, apakah erti pengorbanan dan simbol cinta tertinggi pada kita demi meraih redhaNya?

Menghayati sirah apabila akhirnya Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor qibasy untuk disembelih pastinya menjadi satu nikmat dan kesyukuran buat mereka setelah menyerahkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Mendapat haji yang mabrur semestinya menjadi kegembiraan buat jemaah haji kerana nilai yang besar di sisiNya. Justeru,teruskan melakukan ketaatan kerana ibadah qurban malah apa-apa pengorbanan yang kita lakukan seperti berkorban melawan hawa nafsu,meninggalkan maksiat, jauh di perantauan demi menuntut ilmu pasti ada nilai tertentu di sisi Allah.

Majlis Pelajar Kedah Jordan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha khas buat semua mahasiswa/mahasiswa Kedah di Jordan

" Inovasi Kepimpinan,Inspirasi Kebersamaan "


No comments:

Post a Comment