Tuesday, 20 December 2016

BON-DA Bonding Dinner Amal
























Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W,para sahabat baginda dan kaum kerabatnya.

Pada 16 Disember 2016 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya program Bonding Dinner Amal (BON-DA). BON-DA adalah program tradisi Majlis Pelajar Kedah Jordan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara adik beradik Kedah di Jordan. 

Program ini berlangsung selama sehari dan diadakan di mantiqah Mafraq. Antara aktiviti BON-DA adalah sukaneka, futsal dan pada malamnya adalah kemuncaknya iaitu makan malam amal.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan BON-DA 2016 ini, sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung. Moga-moga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara adik beradik Majlis Pelajar Kedah Jordan sesuai dengan objektif utama aktiviti ini dijalankan.

Tuesday, 18 October 2016

Santapan Malam Bersama Y.T.M Tunku Temenggong Kedah


















Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W,para sahabat baginda dan kaum kerabatnya.

Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) sesi ini telah dikunjungi buat pertama kalinya oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,seterusnya Delegasi Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Maktab Mahmud. 

Telah berlangsung pada 18 Oktober 2016 yang lalu, Majlis Perjumpaan dan Santapan Malam antara seluruh rombongan delegasi bersama Anak Kedah di Jordan. Antara pengisian majlis ; penyampaian sumbangan daripada Yayasan Islam Negeri Kedah kepada wakil pelajar Kedah Jordan melalui tangan YTM Tunku Temenggong, dan penyampaian cenderahati daripada MPKJ kepada seluruh delegasi yang hadir. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga pertemuan ini mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pelajar dan pimpinan kerajaan negeri Kedah serta mengukuhkan ikatan persaudaraan kita sebagai saudara seagama.

Sunday, 11 September 2016

SALAM AIDILADHA 1437H/2016




SALAM AIDILADHA 1437H


Aidiladha membawa satu erti pengorbanan. Nabi Ibrahim yang menginginkan seorang anak saat usia diri dan isteri yang sudah lanjut,dimakbulkan doa oleh Allah lalu dikurniakan anak,Nabi Ismail semestinya menjadi satu permata yang indah buat ibu bapanya. Namun,Nabi Ibrahim mendapat perintah daripada Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail merupakan satu pengorbanan agung demi melakukan ketaatan kepada Allah. Simbol cinta tertinggi yakni cinta kepada Allah menjadi keutamaan dalam keluarga Nabi Ibrahim melebihi kasihnya seorang bapa kepada anak. Ketaatan melakukan perintah Allah dan bukti cinta seorang bapa diabadikan dalam ibadah korban.

Nabi Ibrahim 'mengorbankan' cinta dengan menyembelih anaknya demi menurut perintah Allah. Jemaah haji di Tanah Suci berkorban diri mereka mengharungi kepayahan dan kesukaran di sana demi melaksanakan rukun Islam yang kelima. Maka, apakah erti pengorbanan dan simbol cinta tertinggi pada kita demi meraih redhaNya?

Menghayati sirah apabila akhirnya Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor qibasy untuk disembelih pastinya menjadi satu nikmat dan kesyukuran buat mereka setelah menyerahkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Mendapat haji yang mabrur semestinya menjadi kegembiraan buat jemaah haji kerana nilai yang besar di sisiNya. Justeru,teruskan melakukan ketaatan kerana ibadah qurban malah apa-apa pengorbanan yang kita lakukan seperti berkorban melawan hawa nafsu,meninggalkan maksiat, jauh di perantauan demi menuntut ilmu pasti ada nilai tertentu di sisi Allah.

Majlis Pelajar Kedah Jordan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha khas buat semua mahasiswa/mahasiswa Kedah di Jordan

" Inovasi Kepimpinan,Inspirasi Kebersamaan "


Sunday, 21 August 2016

Selamat Datang Mahasiswa-Mahasiswi Baru

Selamat Datang dicapkan kepada 8 orang pelajar bawah tajaan KPM yang telah tiba pada 23 Ogos 2016 yang lalu.

Selamat Datang diucapkan kepada 3 orang pelajar bawah kelolaan JAIK yang telah tiba pada 21 Ogos 2016 yang lalu.



Ahlein diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru tiba di bumi Syam.

Wednesday, 10 August 2016

Mesyuarat dengan Pelajar-pelajar Baru





Suatu sesi mesyuarat dengan pelajar-pelajar baru telah diadakan di Pejabat Agama Kedah pada 15 Ogos 2016 yang lalu.

Wednesday, 20 July 2016

Pemenang-pemenang Contest Riang Ria Raya


Tahniah diucapkan kepada Putera Muhammad Muiz dari Irbid!


Tahniah diucapkan kepada Nurulhuda dari Mu'tah.