Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Irbid
Mantiqah Amman
Mantiqah Mafraq
JORDAN, JULAI 2013 – Alhamdulillah, Unit
Perwakilan Mantiqah MPKJ sesi 2013/2014 telah berjaya menganjurkan satu lagi
program iaitu Iftor Jamaie – Majlis Berbuka Puasa sekitar pertengahan
Ramadhan yang lalu mengikut mantiqah masing-masing. Secara keseluruhannya,
program berjalan dengan lancar dengan kehadiran anak-anak Kedah samada syabab
mahupun akhawat.
Tujuan
utama program ini adalah memburu keredhaan Allah pada bulan Ramadhan ini sambil
mewujudkan kebersamaan sesama ahli MPKJ. Melalui Iftor Jamaei ini juga,
pembudayaan nilai kerohanian dalam kalangan ahli MPKJ dapat diterapkan menerusi
beberapa program yang telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa program ini sendiri.
Iftor
dimulakan dengan mantiqah Mafraq diikuti Amman, Irbid dan Mu’tah. Sedikit
kelainan bagi mantiqah Amman dan Mu’tah kerana mengadakan Iftor Jamaei dengan
kerjasama beberapa pihak luar. Contohnya, Perwakilan Amman bekerjasama antara
BKAN MUTIARA, BKASJ, dan Lajnah Ekonomi
PPMA. Manakala Perwakilan mantiqah Mu’tah pula bergabung dengan Biro Kebajikan
dan BKAN BKAPJ di mantiqah Mu’tah.
Antara program yang telah dijalankan
sempena Iftor ini adalah gotong royong merewang bersama-sama, Persembahan
nasyid, solat maghrib dan terawih
berjemaah, sembang-sembang santai antara Khirrijat Soifi dan sesi bergambar.
Ternyata program seperti ini sangat membantu dalam memupuk hubungan
kekeluargaan sesame anak Kedah. Semoga program seperti ini dapat memperkasakan
ukhuwah sesama peserta dan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada Ramadhan
akan datang.
Pihak
program merakamkan sekalung apresiasi dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua anak Kedah dengan partisipasi mereka semua. Sekalung penghargaan
dan syabas dirakamkan juga kepada para AJK yang terlibat kerana sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk
melaksanakan program ini walaupun masih didalam fatrah imtihan . Tanpa
kalian tidak bermakna program ini.