Sunday, 21 August 2016

Selamat Datang Mahasiswa-Mahasiswi Baru

Selamat Datang dicapkan kepada 8 orang pelajar bawah tajaan KPM yang telah tiba pada 23 Ogos 2016 yang lalu.

Selamat Datang diucapkan kepada 3 orang pelajar bawah kelolaan JAIK yang telah tiba pada 21 Ogos 2016 yang lalu.



Ahlein diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru tiba di bumi Syam.

Wednesday, 10 August 2016

Mesyuarat dengan Pelajar-pelajar Baru





Suatu sesi mesyuarat dengan pelajar-pelajar baru telah diadakan di Pejabat Agama Kedah pada 15 Ogos 2016 yang lalu.

Wednesday, 20 July 2016

Pemenang-pemenang Contest Riang Ria Raya


Tahniah diucapkan kepada Putera Muhammad Muiz dari Irbid!


Tahniah diucapkan kepada Nurulhuda dari Mu'tah. 

Thursday, 23 June 2016

Majlis Berbuka Puasa dan Reunion Bersama Alumni MPKJ di Malaysia













Telah berlangsung pada 23 Jun 2016 yang lalu, Majlis Berbuka Puasa dan Reunion Bersama Alumni Majlis Pelajar Kedah Jordan bertempat di Restoran Ikan Bakar Kuala Kedah. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli MPKJ yang masih menuntut di Jordan dan yang telah bergraduasi. 

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Farahi, wakil JAIK yang sudi sama-sama untuk memeriahkan program ini. Penubuhan alumni MPKJ juga telah diumumkan dalam program ini yang mana dipengerusikan oleh saudara Syarif Mohd syaheed dan timbalannya Arifah Amalia Aswadi. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MPKJ yang sudi memeriahkan majlis kita ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada ahli MPKJ khususnya dan merapatkan lagi ukhuwah kita.

Monday, 6 June 2016

RAMADHAN 1437H/2016













Majlis Pelajar Kedah Jordan

Sejauh mana kita telah berusaha demi mencapai ketaqwaan kepada Allah?
Adakah Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya? atau lebih buruk?

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

Daripada Ibnu 'Umar r.a, bahawa ada pemuda-pemuda dari kalangan sahabat Nabi SAW yang menyaksilan Lailatul Qadar dalam mimpi terjadi pada tujuh hari terakhir Ramadhan. Maka Rasulullah SAW berkata: "Aku memandang bahawa mimpi kalian tentang Lailatul Qadar tepat terjadi pada tujuh malam terakhir. Maka siapa yang mahu mencarinya (Lailatul Qadar), carilah pada tujuh malam terakhir Ramadhan."

-HR BUKHARI-

Friday, 15 April 2016

Mesyuarat Pertama ALT MPKJ SESI 16/17



Alhamdulillah telah berlangsung mesyuarat ALT MPKJ buat kali pertama di Bayt PPMA Amman pada 15 April 2016.

Beberapa perkara dan perancangan telah dibincangkan dalam melancarkan lagi gerak kerja MPKJ pada sesi kali ini. Semoga mesyuarat ini dapat membuahkan hasil kerja yang baik sepanjang sesi ini dan mampu memberi manfaat kepada semua warga MPKJ khususnya.

" Inovasi kepimpinan, inspirasi kebersamaan "