Monday, 17 March 2014
Sunday, 16 February 2014
Bedah Buku Online
Assalamualaikum w.b.t
Buat julung-julung kalinya, MPKJ memperkenalkan Bedah Buku Online ( Online Book Dissection ) dalam usaha menyemai budaya membaca dalam kalangan hali selain meberi santapan kepada minda yang sentiasa dahaga ilmu.
Ahli MPKJ sangat dialukan untuk mengikuti program ini di page Majlis Pelajar Kedah Jordan untuk meluaskan horizon peimikiran dan kecaknaan.
Selain itu, bagi ahli yang berminat untuk merancakkan atmosfera ilmu, anda amatlah digalakkan berbuat demikian dengan mengisi spreadsheet di bawah.
Ayuh, kita semarakkan pembudayaan ilmu dalam MPKJ.
Andai fikir seseorang itu mati, setelah tak berhubung jasad dan nyawa, nyata kita salah mengerti, kerana amal memberikan makna.
Program ini dikelolai di bawah Biro Akademik.
Wednesday, 12 February 2014
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN
Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Irbid
Mantiqah Mafraq
TEMPAT : Mu'tah ( Darul Hijrah ) , Irbid ( Dar Alhmdulillah ) , Mafraq ( Bayt Aswad )
TARIKH : 27 Disember, 5 Januari, 24 Disember
OBJEKTIF :
- Mengeratkan jalinan ukhwah sesama ahli MPKJ
- Mendoakan kejayaan dalam imtihan nihaie dan bacaan yaasin untuk arwah saudara Ridzuan & saudari Atikah Ahmad
- Memastikan kebajikan ahli terjaga
- Mewujudkan kebersamaan sesama
- Membudayakan nilai keharmonian dalam kalangan ahli MPKJ
Alhdmulillah, semua aktiviti dapat dijalankan dengan efektif atas kerjsama semua ahli MPKJ di Mantiqah Mutah untuk mencapai objektif program dan merehatkan minda sebelum menghadapi imtihan nihaei dengan mendekatkan diri kepada Allah. Setiap slot dapat dijalankan dengan sempurna dan mempunyai pengisian yang sangat berharga kepada ahli MPKJ
Saturday, 16 November 2013
RUMAH TERBUKA EIDUL ADHA MU'TAH & AMMAN
TARIKH
:
18
OKTOBER 2012
TEMPAT
:
BAYT
DARUL HIJRAH
ANJURAN:
BIRO
KEBAJIKAN
DENGAN
KERJASAMA:
UNIT
PERWAKILAN MU’TAH(MPKJ)
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Program ini diadakan untuk
mengeratkan jalinan ukhwah sesama ahli MPKJ dengan
menganjurkan majlis Rumah Terbuka bagi meraikan Hari Raya
AidulAdha(Qurban) dalam menyelaraskan
program selari dengan Takwim MPKJ.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan kebersamaan pimpinan dan ahli
MPKJ
3.1 Mengeratkan jalinan ukhwah sesama ahli MPKJ lama dan baru.
2.3 Membudayakan nilai kerohanian dalam
kalangan ahli MPKJ dengan wujudnya solat berjemaah.
3.0 TENTATIF PROGRAM
AWAL PAGI
9.00 am : Rewang perdana
TENTATIF PETANG
4.00 pm : Semua ahli MPKJ
dari AMMAN tiba
5.00 am : Berkumpul semua
ahli.
6.00 pm : Solat Maghrib
berjemaah dan Takbir Raya.(ust Ehsan Sebri)
6.30 pm : Kata aluan oleh Ust
Iqbal Nawawi
6.45 pm : -Gema Wahyu oleh Ust
Fidaey Zainal.
-Ucapan
Pengarah Program: Ust El Karaki
-Ucapan
Ustzh Nurul Awatif Fasihah : Ydpah MPKJ
-Ucapan Ust Ehsan Sebri : Presiden
PERMATA
7.15 pm : Nasyid
7.40 pm : Slot Kebajikan
& Bersama Pimpinan (SESI DUA HALA)
8.15 pm : Makan
8.45 pm : Sesi Fotografi
9.00 pm : Bersurai-teamAMMAN
balik ke Amman
Monday, 14 October 2013
SOLAT HAJAT MPKJ
Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Amman
Mantiqah Mafraq
Mantiqah Irbid
TEMPAT : AMMAN ( BAYT KENANG ) , MUTAH ( BAYT HIJAU ) , MAFRAQ ( BAYT MAA'HAD) , IRBID ( BAYT REDHO )
TARIKH : 16, 17 MEI 2013
OBJEKTIF :
• Mendoakan kejayaan ahli dalam imtihan nihaei
• Mengeratkan tautan ukhwah antara Ahli MPKJ
• Menerangkan ringkas taqwim MPKJ 2013/2014
• Mendoakan kesembuhan Ustaz Azizan.
-Bacaan yaasin berjemaah
-Tazkirah ringkas khirijin
-Jamuan ringkas
Secara keseluruhannya objektif tercapai kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua ahli di setiap mantiqah.
Monday, 7 October 2013
KUNJUNGAN DELEGASI KEDAH KE JORDAN
12 / 9 /
2013 - Khamis
7.00 pagi -
Cikgu Ismail dan Ustaz Nasrul bersama
dengan rombongan pelajar selamat tiba
di Queen Alia Airport jam 6 pagi waktu Jordan. Saudara Muhammad Akram Afifi B
Haji Mohd Salleh, merangkap Bendahari Agung merangkap Pemangku Timbalan Yang
Di-Pertua Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) pada ketika itu ditugaskan untuk mengiringi
Delegasi Kedah sepanjang keberadaan mereka di Jordan. Sebelum kami bersurai ke universiti
masing-masing, pelajar baru ini diberi taklimat tarakhir oleh Cikgu Ismail, Pegawai
di Jabatan Agama Islam Kedah.
Sementara
menanti majlis pertemuan antara pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Mu’tah,
kami sempat menziarahi maqam tiga sahabat, Abdullah Bin Rawahah, Zaid Bin
Harithah dan Jaafar Toyyar yang berhampiran dengan kawasan Mu’tah iaitu di
Masjid Ja’far, Mazar.
Pada
malamnya kami bersama-sama pelajar Kedah di PUSkMA (rumah persatuan). Majlis
dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi
majlis oleh Saudara Iqbal Nawawi, kemudian diikuti ucapan oleh Naib Yang
Di-Pertua MPKJ, Saudari Awatif Fasihah. Acara kemuncak pada malam itu adalah
ucapan Cikgu Ismail dan soal-jawab anak-anak Kedah bersama delagasi.
13 / 9
/2013
Sebelum
kami bertolak ke Aqobah, kami sempat menziarahi Kubu milik Sultan Solahuddin
Al-Ayyubi di Karak, Jordan. Kemudian
kami terus bertolak ke Aqobah. Di sana delegasi diperkenalkan tentang
budaya hidup masyarakat Jordan dan
membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.
14 / 9 /
2013
Destinasi
seterusnya adalah Mafraq. Kami dimaklumkan bahawa Mafraq adalah tempat yang
paling banyak penempatan yang menempatkan pelarian Syria. Setibanya kami di
sana, kami disambut oleh perwakilan dan pimpinan Kedah.
Majlis
dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, diikuti dengan kata aluan dari
Saudara Akram Afifi merangkap Bendahari Agung MPKJ. Seterusnya majlis
dimeriahkan lagi dengan ucapan dari Cikgu Ismail.
Tanpa
melengahkan masa, kami gerak ke Irbid bagi menziarahi anak-anak Kedah di sana.
Kami tiba di sana disambut oleh alunan azan, menandakan waktu Magrib sudah
masuk. Kami bersiap-siap untuk ke Majlis
Ramah Mesra Delegasi bersama anak-anak Kedah.
Majlis pada
malam itu dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis oleh Saudara
Najmi Rohaizat disusuli ucapan wakil pimpinan oleh Setiausaha Agung MPKJ,
Saudara Luqman ul-Hakim. Acara kemuncak, soal-jawab delegasi tampak meriah
bersama anak negeri di sana dengan ajukan soalan.
15 / 9 /
2013
Sebelum
kami berangkan ke Amman, kami sempat mengunjungi Balad Irbid sekitar waktu
pagi. Usai solat di Irbid, kami terus bertolak ke Amman bagi mencari
cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Malaysia.
Jam tepat
menunjukkan 11.00 p.m. Sebelum Cikgu Ismail berangkat pulang, kami sempat
bergambar sebagai tanda kenang-kenangan di Jordan.
Kalau
ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InshaAllah kita berjumpa lagi.
Kalau ada umur yang panjang,
InshaAllah kita berjumpa lagi.
KEBERANGKATAN PELAJAR BARU KE JORDAN
11 SEPTEMBER
2013- Seramai 30 orang pelajar baru yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan
pada sesi 2013/2014 dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK)
terdiri daripada 17 orang lelaki dan 13 orang perempuan.
Dikesempatan itu, satu pertemuan
diadakan sebelum keberangkatan mereka bersama wakil dari Sultan Kedah di Wisma
Negeri Kedah. Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mencemar duli pada pertemuan
tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada semua anak-anak Kedah yang bakal
ke sini. Dan Alhamdulillah, sedikit sumbangan turut diserahkan kepada MPKJ sebagai
bantuan permulaan untuk pengurusan persatuan dan kebajikan ahli di sini kelak.
Setelah itu, para pelajar bertolak ke
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan menaiki bas yang telah
disediakan oleh pihak JHEIAK dari laman Wisma Negeri Kedah.
Butiran penerbangan :
Penerbangan : Royal
Jordanian (RJ)
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Tarikh Bertolak : 11 September 2013 (Rabu)-
Masa Bertolak :
10.10 malam (Malaysia)
Queen Alia International Airport (QAIA)
Tarikh Ketibaan : 12
September 2013 (Khamis)
Masa Ketibaan : 5.15 pagi (Jordan)
Alhamdulillah mereka tiba dengan selamatnya sambil diiringi
oleh dua org pegawai JHEAIK dan disambut oleh wakil dari Majlis Pelajar Kedah
Jordan (MPKJ) yang diketuai oleh Naib Timbalan Yang-Dipertua, Saudari Nurul
Awatif Fasihah.
::OUR FAMILY, OUR UNITY::
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH YAB DATO’MUKHRIZ MAHATHIR, MENTERI BESAR KEDAH
YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan Ahli Lembaga Tadbir
YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar perempuan
YAB Dato'Mukhriz Mahathir bersama barisan pelajar lelaki
Pada 9 September
2013 yang lalu, pihak Kerajaan Negeri
Kedah telah mengadakan suatu program iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan kepada
anak-anak Kedah yag bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan. Program ini
bertempat di Dewan Makan Sri Mentaloon, Anak Bukit turut dihadiri oleh Menteri
Besar Kedah, YAB DATO’ PADUKA HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR dan dhif-dhif
kehormat dari kerajaan negeri Kedah.
Dalam teks ucapan YAB Menteri Besar, beliau
menyeru agar semua pelajar mengambil kesempatan yang ada untuk mendalami ilmu
yang dipelajari khususnya ilmu agama Islam. Beliau juga
menyentuh hal-hal semasa iaitu isu Syiah yang makin menular di Malaysia dan
pergolakan di Mesir pada ketika itu. Kata beliau, keselamatan anak-anak Kedah
di negara luar amat dititikberatkan.
Alhamdulillah, selain sumbangan kepada
pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan, pihak kerajaan negeri turut
menyerahkan sumbangan kpd MPKJ sebagai bantuan permulaan kepada pihak
persatuan. Buat makluman semua,pihak MPKJ juga mengundang kerajaan negeri untuk
ke Jordan, respon yang diterima sangat baik kerana Menteri Besar sangat
berbesar hati untuk menziarahi anak-anak Kedah di sini. Dijangkakan kunjungan
ini akan berlangsung pada Disember 2013
nanti, walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.
Pada akhir pertemuan, Menteri Besar ada
menyampaikan salam kepada semua anak-anak Kedah di Jordan dengan lafaz
Assalamualaikum W.B.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















