Monday, 2 March 2015

BEDAH BUKU ONLINE MPKJ. BAHAGIAN 2

[BIRO AKADEMIK 14/15]

BEDAH BUKU ONLINE MPKJ

oleh : Abdul Muhaimin bin Rapingi, Uni. of Jordan
tajuk buku : خريطة المستقبل، د. شرف القضاة

Bahagian 2

Seterusnya penulis menyatakan bahawa perbezaan dalam perincian sesuatu periwayatan tidaklah memberi kesan sehingga tertolak periwayatan tersebut. Contohnya hadis berkenaan dajjal, datang beberapa riwayat yang menerangkan perincian sifat-sifat dajjal. Ada riwayat menyatakan matanya buta disebelah kanan, ada riwayat lain pula mengatakan sebelah kiri. Jadi perbezaan ini tidaklah bermaksud dajjal merupakan suatu khayalan. Bahkan ini menjadi bukti bahawa sebelah daripada mata dajjal itu buta. Untuk menjelaskan hal ini lagi, penulis memberi contoh yang lebih jelas. Kata penulis, jika tersebar sesuatu khabar tentang terhempas sebuah kapal terbang, kemudian media berbeza dalam melaporkan bilangan penumpang yang terbunuh, ada media menyatakan 100 orang, ada yang lain mengatakan 105 orang sebagai contoh. Jadi adakah perbezaan ini bermakna berita terhempas kapal terbang itu tidak betul ? . Bahkan yang sebenarnya, perbezaan khabar bilangan penumpang terbunuh ini sepatutnya lebih menguatkan berita terhempas kapal terbang, dan bukan menafikannya.
Kemudian, penulis menasihati kita supaya tidak terlalu cepat dalam mentarjih sesuatu hadis sahih yang berbeza antara satu sama lain. Beliau menyatakan bahawa seseorang perlu mengumpul keseluruhan periwayatan terlebih dahulu. Jika periwayatan itu saling berbeza, maka perlu kepada mengharmonikan periwayatan. Kalaulah tidak ada ruang untuk diharmonikan, akhirnya barulah boleh ditarjihkan. Contoh yang diberi oleh penulis adalah hadis tidak akan sampai kepada kamu satu zaman kecuali zaman tersebut lebih teruk daripada zaman sebelumnya. Hadis ini seolah-olah bercanggah dengan hadis kedatangan Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s, kerana zaman kedatangan mereka lebih baik daripada zaman sebelumnya. Jadi dalam keadaan kedua-dua hadis ini sahih, maka perlu kepada pengharmonian antara dua riwayat ini. Kata penulis, hadis yang pertama itu menerangkan tentang kaedah umum bagi peredaran zaman, manakala hadis kedua pula mengecualikan zaman al-Mahdi dan Nabi Isa daripada kaedah umum tersebut.
Kedua : Dilalah hadis
Sudut kedua yang dibincangkan oleh Dr Sharf adalah tentang dialalah hadis. Kata beliau, dalam memberikan makna sesuatu hadis, kita mestilah kekal dengan makna hakikat terlebih dahulu sebelum memberi makna secara majaz. Syarat untuk menukarkan makna daripada hakikat kepada majaz adalah perlu ada qarinah yang kuat. Jika tiada qarinah, sesuatu perkataan tidak boleh berubah maknanya daripada hakikat kepada majaz.
Contoh, ada hadis yang menerangkan tentang kedatangan Nabi Isa a.s pada akhir zaman kelak. Kita tidak boleh mengatakan hadis ini membawa maksud berakhirnya peperangan dan tersebarnya agama Islam. Kerana kedatangan Nabi Isa a.s terdapat perincian-perincian yang tertentu yang mustahil untuk ditafsirkan sedemikian. Terdapat hadis-hadis yang menerangkan ciri-ciri warna kulitnya, sifat rambutnya, dimana turunnya, bagaimana turun dan sebagainya. Jadi adakah sifat-sifat ini bermaksud berakhirnya peperangan? Atau tersebarnya dakwah islam?
Begitu juga hadis tentang dajjal, bukanlah hadis itu bermaksud kerosakan kehidupan manusia. Kerana terdapat juga riwayat yang menerangkan tentang sifat-sifat jasadnya secara terperinci, seperti rambutnya kerinting. Adakah boleh ditafsir kerosakan kehidupan seseorang dengan rambut yang kerinting?

Pada tahun 70-an , ada yang mendakwa bahawa Raja Hasan bin Talal adalah Al-Mahdi yang ditunggu. Apabila disebut kepadanya bahawa nama Al-Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, bukannya Hasan bin Talal, beliau menjawab bukankah nama Muhammad itu ‘Hasan’ (baik) ? maka jawabnya betul nama Muhammad adalah nama yang baik. Katanya itulah yang dimaksudkan dengan Muhammad. Adapun yang kedua, Abdullah, adalah nama datuk kepada Raja Hasan, bermaksud yang kedua itu dinisbahkan kepada datuknya. Maka jadilah Muhammad bin Abdullah. Kata penulis, ini adalah contoh golongan yang bermain-main dengan lafaz. Mereka mengubah lafaz hakiki kepada makna majazi tanpa qarinah yang betul.

Seterusnya, penulis menyatakan pemahaman sesuatu hadis mestilah selari dengan al-quran dan as-sunnah yang sahih, dan tidak boleh memahami hadis jika berbeza dengan kedua-dua sumber ini. Kemudian beliau jugak meyarankan kita agar berhati-hati dalam menisbahkan sesuatu hadis kepada perkara-perkara tertentu kecuali apabila hadis tersebut menerangkan dengan jelas dan penerangan itu disepakati oleh ulamak. Jika terdapat perselisihan dikalangan ulamak tetangnya, hadis tersebut tidak boleh dinisbahkan secara pasti. Apabila perbezaan seperti ini berlaku, lebih selamat kita katakan dengan lafaz ‘boleh jadi hadis tersebut bermaksud sedemikian’ tanpa menisbahkan secara pasti.
Bersambung..

'Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terlaksana'

BEDAH BUKU ONLINE MPKJ. BAHAGIAN 1

[BIRO AKADEMIK 14/15]
BEDAH BUKU ONLINE MPKJ

oleh : Abdul Muhaimin bin Rapingi, Tahun 3, Uni. of Jordan
tajuk buku : خريطة المستقبل، د.شرف القضاة

BAHAGIAN 1
Pendahuluan
Semua dikalangan kita beriman dengan adanya hari kiamat. Bahkan tanda-tanda kecil datangnya hari kiamat sudah dapat dilihat pada masa sekarang. Sebagai penuntut, kita sepatutnya mengkaji tentang hari kiamat berdasarkan dalil-dalil daripada al-quran dan as-sunnah. Antara kitab yang menceritakan khusus tentang hal ini adalah kitab “Gambaran masa depan didalam hadis-hadis nabi –hadis berita gembira dan fitnah akhir zaman-“ oleh Prof Dr Sharf Al-Qudoh, pensyarah hadis, univ of Jordan. Maka saya suka untuk berkongsi tentang disiplin seorang muslim ketika beineraksi dengan hadis-hadis seperti ini. Maklumat ini adalah gambaran umum daripada kitab yang ditulis oleh Dr Sharf al-Qudoh.
Disiplin berinteraksi dengan hadis-hadis masa depan
Dr Sharf menetapkan dua sudut yang perlu diambil perhatian dalam berinteraksi dengan hadis-hadis ini. Yang pertama adalah kesahihan hadis itu sendiri, dan yang kedua adalah dilalah terhadap sesuatu hadis.
1- Kesahihan hadis
Penulis menyarankan kita untuk menitikberatkan kesahihan hadis sebelum membicarakan tentang teksnya. Kita perlu pastikan bahawa sesuatu hadis itu sahih terlebih dahulu, samada ianya hadis sahih, atau sahih lighairih, atau hasan, atau hasan lighairih.
Kemudian penulis juga meyatakan hadis yang dibincangkan mestilah hadis marfu’ yang sampai kepada nabi saw. Ini kerana jika hadis itu bertaraf mauquf ataupun maqtu’, boleh jadi khabar yang disebutkan itu merupakan khabar-khabar israiliyyat. Bahkan al-quran sendiri menyebut bani Israel memanipulasi kitab-kitab mereka dan menyelewengkannya. Perkara ini juga disebut oleh pengkaji barat sendiri. Tetapi jika hadis mauquf yang hukumnya bertaraf marfu’, maka ianya diterima dengan syarat sahabat yang meriwayatkan hadis ini tidak mengambilnya daripada ahli kitab. Penulis juga menyatakan hadis yang dimaksudkan bukanlah semata-mata hadis mutawatir, bahkan diterima hadis ahad yang bertaraf sahih dan hasan.
Seterusnya penulis menerangkan kepada kita tentang perbezaan khilaf akal dan juga khilaf adat. Perbezaan antara dua perkara ini merupakan suatu perbezaan yang besar. Penulis menyatakan mukjizat para anbia’ semuanya berbeza pada adat dan bukannya akal. Hadis-hadis yang sahih tidak akan berbeza dengan akal manusia. Kemungkinan sesuatu perkara diriwayatkan oleh nabi seolah-olah bercanggah dengan kita. Maka perlu diteliti adakah percanggahan itu percanggahan akal, ataupun percanggahan adat. Sebagai contoh, riwayat yang menyatakan haiwan bercakap, ada sebahagian golongan menolak periwayatan ini, dengan alasan mustahil haiwan boleh bercakap sedangkan tiada peti suara. Ini adalah contoh percanggahan adat, kerana hari ini teknologi mencipta radio dan televisyen mampu mengeluarkan suara sedangkan ia tidak ada peti suara. Kemudian penulis meyatakan contoh percanggahan akal adalah seperti akidah nasrani yang mngatakan Tuhan itu tiga, dan dalam masa yang sama juga ia satu. Ini adalah contoh paling besar dalam percanggahan akal. Kerana akal tidak mampu menerima sesuatu yang tiga itu satu, dan yang satu itu adalah tiga.
Bersambung…
'Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terlaksana"

Thursday, 19 February 2015

SELAMAT MENEMPUHI SEMESTER BARU



[SELAMAT MENEMPUHI SEMESTER BARU]

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Riwayat Ibnu Majah).
"Ukhuwah Terbina,Kebajikan Terlaksana"

TGNA

"Nyawa kita ibarat api pelita bila-bila masa saja akan terpadam" - TGNA

Rakyat Kedah turut merasai kehilangan Tuan Guru Nik Aziz yang kembali ke rahmatullah 9:45malam tadi. Moga ditempatkan bersama mereka yang beriman. AlFatihah.


Selamat Menyambut Ulangtahun Keputeraan KDMM Tuanku Sultan Kedah

DAULAT TUANKU

Selamat Menyambut Ulangtahun Keputeraan KDMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-87

' Ukhwah Terbina, Kebajikan Terlaksana '


Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul
اللهم صل على سيدنا محمد
{UKHWAH TERBINA KEBAJIKAN TERLAKSANA }

[UCAPAN TAHUN BARU

[UCAPAN TAHUN BARU]
Tak ada yang
lebih indah
dari rasa syukur.
Tak ada yang
lebih menyedihkan
dari rasa gembira
yang berlebihan.
Selamat Tahun Baru
Moga Allah Redha.
'Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terlaksana'


Saturday, 13 December 2014

BEDAH BUKU ONLINE


[Biro Akademik MPKJ 14/15]
Assalamualykum
Program: Bedah Buku Online MPKJ
Tarikh: 15 Dis 2014 - 15 Jan 2015
Penyertaan: Semua ahli MPKJ (rasmi dan bersekutu)
Fokus:
:: Bedah buku atau menulis artikel berbentuk ilmiah, travelog atau pengalaman dll.
:: Samada dalam bentuk keseluruhan atau bersiri.
Syarat: artikel boleh dihantar kepada Biro Akademik (Mohd Khairi atau Ina Dira) terlebih dahulu.
Contoh: Buku yang dibedah "Waktu dalam Kehidupan Seorang Muslim" (الوقت في حياة مسلم) oleh Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi. Ceritakan secara ringkas dan mencakupi semua bab berkaitan isi kandungan buku tersebut.
*cenderahati akan disediakan bagi yang memberikan penyertaan
:: Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terlaksana ::

MAJLIS RAMAH MESRA DAN CHARITY DINNER MPKJ (RICE)

Pada 28 November 2014 yang lalu telah diadakan program RICE. Program tersebut telah diadakan di matiqah Irbid dan dihadiri oleh anak Kedah di setiap mantiqah.




Program ini mendapat sambutan hangat daripada anak Kedah. Syukur Alhamdulillah pada makan malam MPKJ telah melancarkan tabung Kempen Sedinar.

Berikut merupakan gambar-gambar pada program ini.