Segala puji Allah yang telah memudahkan urusan Majlis Pelajar Kedah Jordan pada sesi kali ini. Bermula pada sesi ini, Zakat Kedah bagi pelajar-pelajar Jordan telah dinaikkan daripada RM5000 menjadi RM6000. Tahniah juga diucapkan kepada 15 orang pemohon zakat Kedah daripada pelajar Amman yang telah menerima bantuan zakat Kedah pada bulan 1 baru-baru ini. Gunakanlah wang zakat tersebut dengan baik, cekap dan berhemah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah ini disamping ianya mampu memberikan satu suntikan semangat dalam menuntut ilmu.
Tuesday, 12 February 2013
Thursday, 7 February 2013
Laporan Program Bersama Ustaz Zainul Asri
PROGRAM
INTROSPEKSI MEMBURU REDHA ILAHI SEMPENA KEDATANGAN
AL-FADHIL USTAZ
MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ. ROMLI
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW: Ulama’ itu adalah
pewaris para nabi,mereka tidak mewariskan (meninggalkan) dinar mahupun
dirham,tetapi mereka hanya meninggalkan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan
tersebut,maka dia adalah orang yang paling beruntung. (riwayat Tirmizi)
Tanggal
30 Disember 2012 merupakan suatu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh para
mahasiswa Malaysia di bumi Jordan. Sungguh,kedatangan ulama’ ataupun insan yang
dekat dirinya dengan Allah membawa rahmat dan berkat buat semua pihak. Tidak
kira tua atau muda mahupun miskin atau kaya,semua pihak pasti mendapat manfaat
daripadanya.
Laporan Majlis Ramah Mesra Yayasan Islam Negeri Kedah bersama Ahli MPKJ 2012/13
Bak kata pepatah melayu, “tak kenal maka tak cinta, dan cinta tidak mengenal rupa dan usia”. Tanggal 24 November 2012, suatu sejarah telah tercipta, suatu pertemuan yang tinggi maknanya. Pihak Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan suatu program iaitu Majlis Ramah Mesra Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bersama ahli MPKJ bagi sesi 2012/2013 bertempat di Dewan Kuliah Perniagaan, Universiti Jordan, Amman.
Monday, 24 December 2012
Selamat Berjaya
Semester pertama sesi 2012 bakal melabuhkan tirainya. setelah lebih kurang empat bulan menjalani sesi pembelajaran di semester pertama, kini tiba di kemuncak. Peperiksaan akhir akan bermula dalam masa terdekat ini. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan usaha untuk terus maju ke hadapan . Tingkatkan peratusan akademik kita sebagai hasil daripada kita sebagai pelajar timur tengah. Bangunlah daripada leka, sahut cabaran mencapai pangkat mumtaz. Selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menempuh imtihan nihaie buat warga MPKJ setiap mantiqah. Semoga berjaya!
Wednesday, 28 November 2012
Laporan Majlis Ramah Mesra & Sambutan Aidiladha MPKJ 2012/13
Mu’tah, 09 November 2012
Sesebuah persatuan perlu memperkuatkan hubungan melalui pendekatan turun padang untuk bertemu secara serampang duamata bersama ahli-ahli MPKJ seluruh Jordan untuk menguatkan uhkwah sesama ahli, disamping menyambut Hari Raya Aidil Adha.Sehubungan dengan itu, Malis Pelajar Kedah Jordan ( MPKJ ) Saudara Abdullah Anuwar Bin Mahd Hazir telah dilantik sebagai pengarah program untuk menguruskan Program Sambutan Aidil Adha dan Majlis Ramah Mesra MPKJ Sesi 2012/ 2013.Sunday, 18 November 2012
Ucapan Dasar Yang Di-Pertua MPKJ Sesi 2012/13
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang berbahagia Pengarah EMJ, Prof Dr Azidan, yang dihormati, Pegawai Atase Pendidikan EMJ, Ustaz Saifuddin Bin Husin, yang dikasihi mantan
Yang Dipertua MPKJ sesi 2011/2012, Saudara Atiqullah Mursyid Bin Abdul Halim,
barisan mantan kepimpinan MPKJ sesi 2011/2012, barisan kepimpinan MPKJ sesi 2012/
2013, dan seterusnya saudara- saudari ahli MPKJ yang dihormati Allah sekalian.
Firman Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,
seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Tuesday, 13 November 2012
Jordan: Ku Sambut Lambaianmu!
Sungguh pun diriku tak terduga, bagaikan
mimpi berada di alam yang fana. Mata memandang tanpa berkelipan, melihat padang
pasir yang luas terbentang. Tanggal 21 Ogos 2011 menjadi sejarah dan tuah,
kerana berjaya juga ku jejak kaki di bumi yang penuh barakah, serta dengan sirah
nabawiyah. Terkaku sebentar melayan fikiranku ini, bagaikan tidak percaya
layakkah aku berada disini? Mengapa ku katakan begitu? Mari kita menyelami
dengan rasa hati, akan coretanku ini.
Sebelum Ke Jordan,
“Betul ke nak pergi Jordan?”
Itulah ungkapan yang sering ditanya oleh semua
orang kepadaku, samada sahabat, mahupun keluarga yang terdekat. Mereka bagaikan
tidak percaya, apakah aku sudah melakukan kerja gila? Mengapa? Kerana bagi
mereka. mungkin Jordan itu hanya untuk orang yang benar-benar layak sahaja.
Jika nak dibandingkan dengan diriku memang jauh membatu, pada andaian mereka
itu.
Thursday, 8 November 2012
Gema Takbir Aidiladha Mantiqah Irbid
Pada 25 Oktober 2012 lalu iaitu pada malam hari raya Aidiladha, telah berlangsung majlis gema takbir sempena hari raya Aidiladha 1433H di mantiqah Irbid. Majlis dibawah kelolaan perwakilaan mantiqah Irbid ini dijalankan di Darulhamdulillah bermula jam 8.oo malam iaitu sejurus selepas solat maghrib dan tamat pada jam 11.oo malam. Majlis anjuran MPKJ ini mendapat sambutan hangat daripada ahli di Irbid kerana seramai lebih kurang 50 orang ahli yang hadir termasuk ahli jawatankuasa MPKJ sendiri yang sama-sama turun memeriahkan majlis pada malam itu. Majlis bermula dengan gema takbir Aidiladha diteruskan dengan ucapan YDP disamping bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi ahli MPKJ dan diakhiri dengan sesi fotografi serta jamuan makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




